Belajar Buat Blog Daripada Minat Kepada Buat Duit

8 84

Belajar buat blog adalah penting sebelum anda memulakan sesuatu blog sekiranya anda tidak pernah menghasilkannya.

Sesuatu blog yang bagus adalah blog yang mempunyai struktur yang tersusun untuk membolehkan enjin carian seperti Google dan Bing untuk index blog anda dan seterusnya meletakkan blog anda dalam laman carian mereka.

Ramai yang gagal meneruskan penulisan blog mereka dalam masa 1-3 bulan blog dilancarkan kerana gagal belajar buat blog.

Tetapi belajar sahaja tak guna jika anda tidak tahu nak tulis apa dalam blog anda nanti. Pemilihan topik atau niche blog anda penting supaya anda tidak kehilangan idea untuk menulis post baru dalam blog anda.

Pemilihan Niche Penting Untuk Belajar Buat Blog

Seperti tajuk post blog ini, belajar buat blog daripada minat kepada buat duit, pastikan pemilihan niche tersebut adalah yang merupakan minat anda. Daripada minat ini dapat membuatkan anda mempunyai keinginan untuk terus menghasilkan blog post yang seterusnya.

Daripada minat tersebut membuatkan setiap post yang anda buat sentiasa hidup

Berikut saya ringkaskan dalam bentuk point untuk membolehkan anda membangunkan niche blog pilihan anda:

  • Anda perlu mempunyai minat dalam niche tersebut
  • Pastikan blog yang anda nak bangunkan tersebut boleh menyelesaikan masalah orang. Trafik yang datang secara organik adalah trafik yang mencari penyelesaian masalah.
  • Gunakan Google Trend untuk memastikan niche blog yang anda ingin bangunkan mempunyai permintaan.
  • Anda mempunyai sesuatu untuk dijual yang berkaitan dengan niche blog anda.
  • Kecilkan niche pilihan anda kepada beberapa kategori yang boleh dikembangkan kepada beberapa blog post.

Jadi penting untuk anda tentukan sebelum bangunkan blog, pastikan anda mempunyai minat yang mendalam terhadap niche tersebut.

Daripada minat inilah anda akan dapat menarik prospek yang setia dengan blog anda dan seterusnya dalam menjana duit daripada mereka.

Jika anda minat berkaitan kecantikkan, tulis blog mengenai kecantikkan. Cari produk yang sesuai untuk anda promosi dalam blog anda.

Jika anda minat melancong, tulis blog berkaitan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati atau blog berkaitan tips melancong. Anda boleh jana pendapatan melalui affiliate pelancongan seperti Agoda dan sebagainya.

Jadi mulakan blog anda sekarang. Anda dah tak perlu beri alasan tak tahu apa nak tulis dalam blog jika anda betul-betul meninati niche tersebut.

Cari minat anda dan belajar buat blog.

 

You might also like More from author

8 Comments

  1. Hiburan Sabah says

    Semoga berjaya dalam contest ini.

    Salam perkenenalan daripada saya hiburansabah.com

    1. Nasi Tambah says

      salam perkenalan

  2. sensasi2020 says

    Salam perkenalan….

    Wah menarik tulisannya dan penuh dengan info belajar buat blog.

    Moga berjaya bro…

    1. Nasi Tambah says

      salam perkenalan, selamat berjaya 🙂

  3. Lirik Lagu says

    Pemilihan niche blog adalah penting sekiranya mahu blog boleh ‘hidup’ dengan lebih lama 🙂

    1. Nasi Tambah says

      ya betul tu

  4. Hero Borneo says

    semoga berjaya dalam kontes tersebut bro..

    pemilihan niche yang betul akan memantapkan jenama blog tersebut

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!