Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Bantuan Prihatin Nasional. Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.
Baca Juga: Soalan Lazim Bantuan Prihatin Nasional
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:
Kementerian Kewangan
No Telefon
03-8882 9089
03-8882 9087
03-8882 9191
03-8882 4565
03-8882 4566
Email
bsh@treasury.gov.my
pre2020@treasury.gov.my
LHDNM
No Telefon
1-800 882 747
03-8911 1000
Pihak Kementerian Kewangan mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini. Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.