Caj Rawatan Gigi Di Klinik Kerajaan Mulai 1 Mac 2017
Caj rawatan gigi di klinik kerajaan akan naik mulai 1 Mac 2017. Selepas dikejutkan dengan berita kenaikkan harga minyak mulai Februari 2017, harini rakyat Malaysia sekali lagi terkejut beruk.
Menurut kepada surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, caj rawatan gigi di klinik kerajaan mulai 1 Mac 2017 adalah seperti berikut:
Cabutan Gigi
Harga Lama : RM1
Harga Baru : RM15
Cuci Gigi
Harga Lama : RM 2
Harga Baru : RM 55
Tampalan
Harga Lama : RM2
Harga Baru : RM25
Ini menyaksikan peningkatan berkali ganda dari caj yang lama. Ketika artikel ini ditulis, kita masih menunggu kenyataan rasmi daripada Kementerian Kesihatan berhubung perkara ini.
Jika dilihat pada caj baru cuci gigi, caj ini adalah lebih mahal daripada caj yang dikenakan oleh klinik swasta yang masih mengenakan caj sebanyak RM50.
Kita menunggu apakah alasan kenaikkan caj rawatan gigi di Klinik Kerajaan kali ini.
Sekiranya kenaikkan caj ini betul, ia sudah tentu menambah beban rakyat yang terpaksa berdepan dengan kesesakan hidup selepas kenaikkan harga minyak.
Adakah cukup dengan sekarang pemberian BR1M?
Apapun kami di Nasi Tambah amat mengharapkan berita ini tidak benar dan hanya viral palsu semata. Kita mengharapkan agar menteri kita yang amat ‘bijak’ dapat memikirkan sesuatu untuk mengurangkan kesusahan rakyat pada masa ini.
Tunggu update seterusnya daripada Nasi Tambah apabila sudah ada berita baru mengenai perkara ini.
UPDATE 2/2/2017
Kementerian Kesihatan telah mengesahkan caj rawatan gigi di klinik kerajaan bakal naik bermula 1 Mac 2017.
Berikut merupakan kenyataan akhbar daripada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia yang kami petik daripada laman facebook mereka.
Caj naik melibatkan rawatan Kelas 1 dan 2.
Nampaknya semakin tertekanlah rakyat Malaysia. Memang betul kenaikkan caj tidak melibatkan rawatan kelas 3 tetapi bukankah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan rakyatnya mendapat rawatan yang terbaik.
Kenapa caj naik terlalu tinggi dan naik pada masa rakyat masih lagi cuba mengubah cara hidup dengan menampung kenaikkan harga minyak yang naik?
Janganlah tunggu menjelang PRU sahaja tampil dengan pelbagai tawaran kononnya kerajaan prihatin dengan nasib rakyat.
Tujuan Nasi Tambah mengeluarkan kenyataan begini bukanlah untuk menambah kebencian rakyat kepada kerajaan tetapi sebagai blog yang membawa suara rakyat Malaysia, kami rasa bertanggung jawab untuk meluahkan perasaan ini.
Ke mana perginya wang kutipan GST yang kononnya untuk menambah baik kehidupan rakyat Malaysia? Kenapa tak digunakan untuk terus beri subsidi kepada rawatan pergigian untuk rakyat?
Nasi Tambah berhentikan artikel ini di sini dengan persoalan di atas untuk kerajaan dan untuk rakyat Malaysia.