Cara Mendaftar Skim Peduli Sihat, Hanya Di Selangor

0

Umum mengetahui kerajaan Negeri Selangor memang amat prihatin dengan tahap kesihatan rakyat Selangor. Dengan pengumuman peruntukan untuk mewujudkan Skim Peduli Sihat Selangor, kini warga Selangor yang tidak berkemampuan dapat menikmati rawatan kesihatan yang lebih lengkap.

skim peduli sihat

Dalam Skim Peduli Sihat, kerajaan negeri Selangor memperuntukan RM125 juta setahun untuk menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan percuma untuk 250,000 keluarga atau lebih kurang sejuta warga Selangor berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.

Syarat Kelayakkan Skim Peduli Selangor

skim peduli sihat

Warga Selangor yang berkelayakkan akan menerima kad kesihatan Skim Peduli Sihat yang boleh digunakan untuk menerima rawatan doktor dengan had yang ditetapkan.

Infografik Berkaitan Skim Peduli Sihat

skim peduli sihat

Cara Mendaftar Skim Peduli Sihat

Untuk mendaftar, terdapat 2 cara ditetapkan oleh kerajaan Selangor. Cara pertama adalah mendaftar secara online melalui laman web www.pedulisihat.com dan cara kedua adalah mendaftar secara manual di pejabar ahli dewan undangan negeri Selangor.

Dokumen yang diperlukan adalah

  • Borang pendaftaran Skim
  • Salinan kad pengenalan ketua keluarga
  • Salinan kad pengenalan tanggungan
  • Salinan slip gaji/pencen (untuk penjawat awam)
  • Salinan penyata KWSP (untuk pekerja swasta)

Anda boleh dapatkan senarai alamat pejabat ahli dewan negeri dan penyelaras DUN di sini:

Senarai DUN

Daftar online dengan klik button di bawah

Daftar Online

Menarik betul dengan keprihatinan kerajaan negeri Selangor dalam membantu rakyat dalam menangani isu kenaikkan sara hidup selari dengan negeri berkebajikan.

Warga Selangor yang berkelayakkan jangan lepaskan peluang ini.

Saya sudah, anda bila lagi. Ini kalilah…

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!