Susah Nak Kawal Nafsu Makan? 5 Tips Ini Boleh Membantu Anda

0

Ramai yang ada masalah nak kawal nafsu makan mereka. Ada yang makan macam ada bela saka.

Pernah tak ada kawan yang tegur untuk anda kawal nafsu makan gaya beruang anda?

Kadang-kadang ada juga kawan yang tegur cara pemakanan anda yang ngalahkan bela saka tu yang boleh buat anda sakit hati. Selagi perut tak meletop, selagi tu la kita rasa nak makan lagi. Bahaya tau awak…

Kadang kala otak kita juga memberikan persepsi silap antara dahaga dan lapar. Bila kita haus otak gambarkan kita lapar.

Jadi, tips berikut anda boleh amalkan jika hendak kawal nafsu makan anda.

5 Tips Kawal Nafsu Makan

  1. Jika anda sudah makan banyak tetapi masih terasa lapar, lebih baik anda minum air. Kadang-kadang itu menandakan anda sebenarnya haus sahaja. Jika selepas minum 1 gelas air tetapi masih terasa lapar, maka betullah anda masih belum kenyang.
  2. Kalau betul anda nak makan lagi, jarakkan sekurang-kurangnya 4 jam selepas makan terakhir. Contohnya kalau anda makan tengah hari pukul 12 tengah hari, lepas tu pukul 1 petang lapar balik, cuba jangan makan terus. Tunggu pukul 4 pulak untuk makan lagi.Tapi bagaimana pulak lepas setengah jam makan saya lapar lagi?

    Bawak mengucap dik… Bawak-bawaklah pergi jumpa ustaz. Mana la tau betul ada saka makan dalam badan tu. hehehe

  3. Kurangkan makanan yang banyak bergula. Selain boleh mendatangkan kencing manis, gula juga boleh menyebabkan badan mengeluarkan banyak insulin yang seterusnya boleh mempercepatkan anda lapar.
  4. Hadkan memakan junk food seperti snek. Kalau betul pun nak makan, hadkan 1 hari sekali sahaja. Tetapi ingat ya, sekali makan 1 bungkus sahaja, bukannya makan 12 bungkus sekali sehari.
  5. Semasa makan tu jangan gelojoh. Ikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Ambil masa dan kunyah sampai lumat. Take your time and enjoy your meal.

Jadi dengan ada 5 tips ini Nasi Tambah harap anda berjaya kawal nafsu makan anda ke tahap minimum. Cuba buat 1 atau 2 terlebih dahulu.

Nanti ada yang beri alasan, saya stress sebab tu saya makan banyak. Well, ada banyak lagi cara untuk anda salurkan stress anda itu selain makan. Contohnya pergi keluar bercuti, bersukan, berhibur dan sebagainya.

Yang penting kita enjoy…

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!