6 Tips Tangkap Gambar Cantik Guna Kamera Digital

0

Anda mesti pernah teringin nak tangkap gambar cantik guna kamera digital kan? Dah cuba bermacam angle tetapi masih tak dapat tangkap gambar cantik yang anda nak.

Dalam merakam gambar menggunakan kamera digital, terdapat pengetahuan asas yang perlu anda ketahui sebelum mula menggunakannya.

Dengan mengetahui tips tangkap gambar cantik yang terbaik, mungkin anda berupaya menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi.

6 Tips Tangkap Gambar Cantik

  1. Sentiasa menetapkan semula tetapan kamera: Semak tetapan kamera anda sebelum menggunakannya.
  2. Format kad memori: Format kad memori anda untuk mengurangkan risiko kerosakan data berbanding memadamkannya.
  3. Kemaskini firmware: Firmware digunakan untuk memproses imej, menetapkan parameter dan juga mengawal ciri yang terdapat di dalam kamera. Semak laman web jenama kamera anda untuk memastikan firmware kamera digital anda adalah yang terbaru.
  4. Caj bateri kamera: Jangan terlalu yakin bahawa bateri kamera anda sentiasa penuh. Pastikan anda semak jangka hayat bateri terlebih dahulu supaya penggunaannya tidak terbantut ketika merakam gambar.
  5. Tetapkan saiz bateri: Resolusi tertinggi pastinya menawarkan kualiti terbaik. Tetapi pastikan tahap resolusi imej menepati keperluan anda kerana menetapkan resolusi imej yang rendah bukan saja dapat menjimatkan ruang memori anda, malah dapat melancarkan penggunaan kamera. Resolusi imej yang tinggi boleh membuatkan kamera anda hang.
  6. Formal fail: RAW, JPEG atau kedua-duanya?: Sekiranya anda berniat untuk melakukan sebarang manipulasi atau retouching, RAW adalah pilihan terbaik. Bagaimanapun, fail RAW lebih besar, jadi kamera akan mengambil sedikit masa dan anda juga perlu memproses foto sebelum dicetak. Sebaliknya JPEG membenarkan anda mencetak gambar dalam kadar segera.

Anda boleh ikuti 6 tips ini jika ingin memastikan gambar yang anda tangkap tersebut cantik seperti jurukamera pro.

Tak perlu guna kamera yang mahal. Guna kamera handphone pun boleh tangkap gambar cantik jika anda tahu tetapan yang betul. Saya pun selalu ambil gambar menggunakan camera handphone sahaja.

Selalu juga rakan-rakan ingat saya menggunakan camera DSLR untuk ambil gambar. Yang penting anda perlu pastikan jumlah cahaya yang tepat ketika ambil gambar untuk memastikan kualiti gambar yang ditangkap mempunyai kualiti yang tinggi.

Cuba dulu ya. Nanti kongsikan hasil anda di ruang komen.

Sumber: Harian Metro

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!