Sokong Duit BR1M Guna Beli Proton Iriz Jadi Pemandu Uber

0

Baru-baru ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah mengumumkan penerima BR1M yang tak mempunyai kenderaan akan dibantu untuk beli Proton Iriz jadi pemandu Uber.

Bantuan untuk beli Proton Iriz jadi pemandu Uber ini adalah salah satu daripada usaha untuk membantu mereka menjana pendapatan sendiri.

Selain itu, pihak kerajaan sekarang sedang mengkaji bagaimana Bantuan Rakyat 1Malaysia ini dapat digunakan untuk memberi latihan untuk memulakan perniagaan kepada penerimanya.

Pengumuman yang dibuat KSU Perbendaharaan ini mendapat pelbagai maklumbalas daripada ramai netizen, ramai yang tidak bersetuju tetapi ramai juga yang menyokong tindakan untuk bantuan beli Proton Iriz jadi pemandu Uber ini.

Memetik daripada komen saudara Rafizi Ramli mengenai cadangan ini,

Jika BR1M diberikan pada kadar sekarang (antara RM450 hingga RM1,200 sahaja), penerima BR1M hanya mampu membayar ansuran bulanan sebanyak maksimum dua bulan sahaja. Mereka hanya sempat menjadi pemandu Uber dan Grabcar selama 2 bulan sahaja.

Ada betul jugak pendapat daripada Rafizi Ramli ini tetapi kita harus melihat bantuan ini daripada skop yang meluas tanpa melihat kepada isu politik.

Sebagai blog bebas, Nasi Tambah cuba mengupas isu ini dari prespektif luar tanpa pengaruh politik.

Baca Juga: Apa Sebenarnya BR1M

Beli Proton Iriz Jadi Pemandu Uber

Jika kita masih ingat semasa BR1M baru diperkenalkan dulu, ramai yang komplen dengan mengatakan BR1M adalah satu rasuah dan BR1M buat rakyat malas berusaha.

Ramai yang cakap kerajaan sepatutnya bagi joran bukannya bagi ikan.

Kenapa sekarang apabila kerajaan sudah mengkaji bentuk bantuan BR1M daripada hanya memberi bantuan kewangan kepada bantuan untuk rakyat survive sendiri ramai yang kurang bersetuju?

Memang tidak dinafikan BR1M RM1,200 itu tidak cukup untuk membayar duit muka atau bayaran bulanan kepada bank untuk kereta tersebut, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu rakyat untuk bermula untuk menjana pendapatan sampingan sendiri yang berterusan.

Bukankah lebih baik dengan cara ini?

Kita perlu berfikir secara logik dan matang dalam isu ini tanpa terlalu sempit fikiran dengan terlalu ke arah politik sangat.

Takkan kita nak harapkan kerajaan bagi free sahaja kereta Proton Iriz tu tanpa sedikit pun usaha daripada rakyat?

Takkan kita nak sepanjang hayat kita dibantu orang lain tanpa ada usaha daripada kita?

Pintu sudah dibuka dengan bantuan kereta untuk bermula jana pendapatan dengan Uber atau Grab Car dan selepas kajian latihan perniagaan untuk penerima BR1M siap, mungkin selepas ini penerima BR1M juga akan mendapat latihan perniagaan, kini tinggal usaha kita sahaja untuk ubah nasib keluarga dan menjana pendapatan.

Maaf jika ada yang kurang senang dengan artikel ini tetapi tujuan pihak Nasi Tambah hanyalah untuk menyedarkan segelintir penerima BR1M yang tidak bersyukur malah ada yang menyalah gunakan BR1M yang diterima untuk perkara yang tidak berfaedah.

Gunalah BR1M yang diterima untuk jana pendapatan sampingan yang berterusan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!