Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

8

Kerja dari rumah dengan iLancee. Keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa sekarang, kita perlu mencari pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan harian.

Dengan kemajuan teknologi dan kadar penembusan internet di Malaysia pada masa sekarang, anda boleh mula jana pendapatan sepantas 5 atau 6 minit dari sekarang.

Nak buat duit online ni mudah saja. Salah satu kelebihan buat duit online ini adalah anda tidak memerlukan modal yang tinggi seperti gaji pekerja, sewa kedai dan sebagainya.

Anda boleh bermula dengan apa yang ada di tangan.

Contohnya jika anda mahir dalam bidang grafik, anda boleh tawarkan khidmat anda kepada yang berminat seperti design bisnes kad, logo, tshirt dan sebagainya atau jika anda minat menulis, anda boleh tawarkan khidmat menulis artikel dalam blog, ayat jualan dan sebagainya.

Seperti yang saya maklumlah di permulaan artikel ini, anda boleh bermula buat duit online hanya di rumah sahaja.

Selain daripada perniagaan berbentuk barangan fizikal seperti baju, jubah, tudung dan ubat kurus, anda juga boleh menjana pendapatan secara online dengan menawarkan servis.

Anda hanya cuma perlu tawarkan skill anda sahaja. Dan yang menariknya anda boleh buat semua ini tanpa perlu meninggalkan rumah anda.

Anda boleh buat di waktu malam selepas balik kerja.

Mesti Baca: Cara Mendaftar Untuk Mula Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Di Malaysia kita bertuah dengan adanya portal yang menyediakan web portal yang menjadi pusat jual beli servis online. Jika anda pernah dengar mengenai laman web yang serupa di luar negara seperti Fiverr.com, kini kita di Malaysia boleh berbangga dengan adanya portal yang hampir serupa yang mengkhususkan pasaran Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Apa itu iLancee?

kerja dari rumah dengan ilancee

iLancee merupakan portal penyediaan jual beli servis online.

Sebenarnya portal ini mula dilancarkan pada Mei 2014 tetapi terdapat beberapa masalah teknikal yang menyebabkan portal ini ditutup buat seketika dan membuat penampilan semula bermula Januari 2017.

Tujuan utama iLancee diwujudkan adalah untuk ramai usahawan digital untuk memulakan perniagaan servis mereka. Anda boleh menawarkan kemahiran anda seperti kemahiran design tshirt, logo, grafik kepada usahawan lain.

Yang menariknya, pendaftaran iLancee adalah percuma dan anda boleh mula letakkan servis anda dengan harga bermula hanya dari RM25

Pihak iLancee cuma mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 20% daripada caj yang anda kenakan kepada pelanggan anda.

Sebagai contoh, jika anda kenakan caj sebanyak RM50 untuk design 1 logo, pihak iLancee akan bayar anda RM40 dan RM10 dikenakan sebagai caj mereka.

Berpatutan bukan?

Anda tidak perlu keluarkan duit untuk buat iklan atau keluar cari pelanggan. Pelanggan yang akan datang cari anda dalam portal iLancee.

Tugas anda hanyalah deliver perkhidmatan yang dijanjikan dan mengekalkan rating yang baik untuk menarik perhatian pelanggan untuk melanggan servis anda.

Bagaimana nak bermula dengan kerja dari rumah dengan iLancee?

Anda boleh layari web: www.ilancee.com

kerja dari rumah dengan ilancee

Klik daftar di sebelah penjuru atas kanan untuk mendaftar.

Masukkan email anda dan klik ‘Teruskan’

kerja dari rumah dengan ilancee

Masukkan username dan password pilihan anda.

Tick ‘Saya terima terma dan syarat’ dan klik daftar. Periksa email anda untuk sahkan pendaftaran.

kerja dari rumah dengan ilancee

Anda boleh bermula sekarang dengan iLancee.

Hmm sebelum Nasi Tambah tamatkan artikel ini, Nasi Tambah nak sarankan anda bermula sekarang. Jangan tunggu atau tangguh sebab percayalah semakin lama anda tangguh semakin lambatlah anda bermula dan seterusnya lupakan terus impian anda untuk jana pendapatan secara online ini.

 

Contest iLancee ini telah dianjurkan oleh ahmadFaiz.com dan ditaja oleh SM Creative Studio, Semanis Kurma, Bina Blog Sendiri, Best Autoresponder, Panduan Bisnes Ebook, Buat Duit Blog, Best Hosting, Affiliate Malaysia, Poslaju Tracking, Infobiz FB Ads, BinMuhammad, Seri Nian Blogger, Hiburan Sabah

 

8 Comments
  1. Nur Khairul Azizi says

    Betul juga kata nasitambah, memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kena cari duit lebih. Nasib ada Kerja Dari Rumah Dengan iLancee ni. At least dapat juga membantu duit poket… Ada kemahiran boleh guna aplikasi web iLancee tu nanti 🙂

    1. Nasi Tambah says

      Betul tu 🙂

  2. Jie Susanos says

    mmg bagus kalau kita dapat cari pendapatan sampingan, kan

    Boleh la daftar kerja dari rumah dengan iLancee..

    1. Nasi Tambah says

      Ya betul. Boleh jana pendapatan sampingan 🙂

  3. Lya says

    Bagus juga ada servis mudah seperti yang diperkenalkan iLancee ni kan..semoga dapat membantu orang lain diluar sana dalam mendapatkan pelanggan dan menjual servis mereka demgan mudah

    1. Nasi Tambah says

      Ya saya setuju. Memang iLancee banyak membantu

  4. jambu batu says

    memang sesuai untuk orang yang ada kemahiran cuba cari duit dengan iLancee ni kan.. 🙂

    1. Nasi Tambah says

      ya betul 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!