DUN Sungai Air Tawar akan dibiar kosong, ini sebabnya

0

Ramai yang menanti samada pilihan raya kecil DUN Sungai Air Tawar akan diadakan atau tidak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Teka-teki ini berlaku kerana mengikut peraturan sedia ada, pilihan raya kecil tidak perlu diadakan sekiranya DUN atau parlimen kosong dalam tempoh 2 tahun sebelum penggal berakhir.

Penggal DUN dan parlimen yang sedia ada bakal berakhir pada Jun 2018.

Hasil daripada mesyuarat yang diadakan oleh SPR pada harini, 19 Januari 2017, SPR memutuskan untuk tidak mengadakan PRK di DUN N01 Sungai Air Tawar.

Menurut daripada pengumuman yang dibuat oleh pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, SPR telah terima surat makluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh Tseow Suan berkaitan kekosongan luar jangka kerusi DUN Sungai Air Tawar pada 18 Januari.

Speaker DUN Selangor juga memaklumkan kekosongan yang berlaku ini tidak menjejaskan kekuatan majoriti yang membentuk kerajaan Selangor pada masa sekarang.

Beliau berkata ia adalah selaras dengan peruntukan Perkara LXX (5) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang menyatakan kekosongan itu hanya perlu diisi sekiranya bilangan parti yang membentuk majoriti DUN Selangor terjejas.

SPR membuat keputusan ini berdasarkan daripada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang membolehkan tiada pilihan raya kecil dilakukan dalam tempoh 2 tahun menjelang tamat penggal.

Kekosongan DUN Sungai Air Tawar berlaku berikutan penyandangnya, Kamarol Zaki Abdul Malik, 58 tahun yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar.

Kamarol Zaki yang juga bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Mawar memenangi kerusi DUN Sungai Air Tawar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu apabila menewaskan calon Pas, Wahid Rais dengan majoriti sebanyak 1,416 undi.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi iaitu DAP (14), PKR (13), PAS (13), BN (12), Parti Amanah Negara (2) dan Bebas (2).

Apapun alfatihah untuk arwah Kamarol Zaki. Sama-sama kita doakan semoga rohnya aman dan semua dosanya diampunkan Allah.

Diharapkan kita semua bertenang dan tak perlu membuat spekulasi liar yang tidak berasas.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!