TN50 Tanda Berakhirnya Wawasan 2020
Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diperkenalkan olen Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib merupakan suatu dasar yang disifatkan pengganti kepada Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir yang dikatakan bakal pembaharuan dimana suara rakyat dijadikan sebagai penentu kepada ketetapan visi dan misi Malaysia dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Walaupun Datuk Seri Najib tidak menyebut TN50 adalah bakal menggantikan Wawasan 2020, tetapi umum dapat membaca tindakan ini adalah antara usaha untuk memadamkan sebarang pencapaian yang sudah dibuat oleh Tun Mahathir.
Apa itu TN50?
Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu dasar jangka panjang untuk memacu Malaysia dan menentukan hala tuju negara dalam tempoh 3 dekad akan datang.

Melalui Transformasi Nasional 2050, kerajaan akan mengadakan beberapa sesi wacana nasional untuk mendapatkan pandangan dan juga pendapat rakyat Malaysia terutama generasi muda pelbagai bangsa terhadap dasar yang bakal diperkenalkan kerajaan. Wacana ini akan dikendalikan oleh Kementerian Belia Dan Sukan.
Kerajaan sudah memberi jaminan tiada satu kumpulan pun akan ketinggalan supaya semua rakyat Malaysia akan merasakan Transformasi Nasional 2050 adalah produk milik mereka sendiri dan akan melontarkan pendapat yang bakal menjadi satu dasar yang akan diterjemahkan kepada pelaksanaan.
Dialog Perdana TN50
Dalam sesi Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya, Datuk Seri Najib berkata,
“Dalam masa 30 tahun lagi, negara akan berubah dengan radikal. Amat sesuai sekali kita lihat teropong masa depan dengan memulakan wacana ini supaya kita membina masa depan bersama,”
Kita dapat melihat ini adalah masa yang sesuai untuk merangka dan menentukan hala tuju negara dalam tempoh 3 dekad akan datang, selepas Malaysia diperkenal dan dibangunkan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Wawasan 2020 selama 30 tahun ini.
Nasi Tambah masih ingat ketika sekolah dulu banyak diperkenalkan berkaitan Wawasan 2020 sehingga masih ingat sampai sekarang lagu Wawasan 2020.
Transformasi Nasional ini bakal menuntut aspisari golongan muda sebagai input utama.
Dalam transformasi nasional juga, Najib mengharapkan ekonomi Malaysia bakal mencapai RM2 trillion dalam masa 8 tahun dan juga meletakkan Malaysia sebagai 20 negara teratas dunia.
Dalam majlis tersebut juga, Datuk Seri Najib mengatakan Zon Perdagangan Bebas Digital yang bakal dilancarkan pada bulan Mac 2017 adalah langkah pertama ke arah mencapai matlamat TN50 kerana pada masa hadapan, industri digital bakal menjadi industri yang memacu ekonomi dunia.
Melalui TN50 juga kerajaan akan mewujudkan pendidikan yang mendapat pengiktirafan dunia ke arah menghasilkan pekerja berpendapatan tinggi.
Apapun kami di Nasi Tambah melihat usaha ini antara usaha yang boleh disokong jika ia dapat diterangkan dengan lebih jelas cara perlaksanaannya selaras dengan misi kerajaan untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan setiap golongan rakyat Malaysia.
TN50 bukanlah penghapus Wawasan2020 tetapi adalah kesinambungan daripada Wawasan2020 dalam misi menaikkan Malaysia menjadi negara maju. Ini adalah kerana negara memerlukan plan pasca Wawasan2020 yang dapat menggerakkan ke arah negara yang lebih terbilang.