7 Cara Pemasaran Instagram
Semakin ramai peniaga online sekarang sudah melibatkan diri dalam pemasaran di Instagram. Jika anda masih tercari-cari cara pemasaran Instagram yang betul dan berkesan, anda boleh teruskan bacaan anda.
Cara pemasaran Instagram memerlukan anda mengambil gambar yang cantik dan upload ke dalam profil Instagram ada. Itu asas pemasaran Instagram.
Fakta terbaru menunjukkan pengguna Instagram melebihi pengguna Facebook dan tahap engagement pengguna di Instagram lebih tinggi berbanding di Facebook. Terdapat lebih 400 juta pengguna aktif di Instagram setiap bulan dan jumlah ini semakin meningkat saban bulan.
Jadi jika anda ingin memasarkan produk anda di internet, medium pemasaran Instagram ada satu medium pemasaran yang tak boleh anda abaikan selain Facebook dan website.
Anda boleh terus share artikel ini pada rakan anda yang ingin memasarkan produk mereka di Instagram.
Cara Pemasaran Instagram
1. Gambar berkualiti tinggi
Seperti yang saya maklumkan di atas, untuk memasarkan produk anda dengan bergaya di Instagram, anda memerlukan gambar yang berkualiti tinggi. Gambar yang cantik dapat membantu menarik perhatian bakal pelanggan anda untuk klik dan melihat setiap post anda di Instagram.
Cuba ambil gambar yang unik dan kelihatan professional dan sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh dapatkan khidmat jurugambar professional untuk ambil gambar produk anda. Ini adalah kerana Instagram penuh dengan gambar, jadi gambar yang unik dan menarik dapat membuatkan gambar anda standout berbanding dengan orang lain.
2- Biodata yang menarik
Anda perlu isikan bahagian biodata di Instagram semaksimum mungkin, tetapi janganlah terlalu panjang dan meleret. Biar nampak ringkas dan padat serta mudah diingati.
Bahagian ini adalah umpama pengenalan kepada perniagaan anda. Jadi tonjolkan keunikan produk anda di sini.
3- Nama Instagram
Semasa mendaftar Instagram, berilah nampak yang sama seperti nama produk atau perniagaan anda. Ini adalah penting untuk brandingkan perniagaan anda di Instagram supaya orang mudah ingat. Kalau boleh selitkan sekali logo produk anda di gambar profil Instagram anda.
Jangan lupa untuk linkkan nama Instagram anda dengan nama Facebook page anda.
4. Targeted Follower
Targeted follower adalah bakal pelanggan atau yang sudah menjadi pelanggan anda. Cuba cari follower yang merupakan sasaran produk anda.
Jika anda menjual tudung di Instagram, jadi targeted follower anda tentulah wanita. Kalau boleh, kenal pasti juga minat dan umur targeted follower anda. Salah satu cara yang biasa saya guna untuk dapatkan targeted follower adalah dengan follow mereka yang follow profil Instagram pesaing saya. Ini bukan curi pelanggan ya, tapi kita tarik mereka yang mempunyai minat yang sama supaya datang ke profil Instagram kita juga.
Biasanya jika ada follow profil seseorang, mereka akan follow anda kembali.
Satu lagi saya nak ingatkan, jangan privatekan profile Instagram yang anda gunakan untuk menjual. Ini ibarat anda kunci kedai anda bila pelanggan nak masuk kedai anda.
Sudah tentulah anda nak pelanggan masuk ke dalam kedai anda dan lihat apa yang anda jual. Jadi sekiranya anda set sebagai private, bakal follower yang dah minat nak tengok dah jadi terus hilang minat.
5. Penggunaan hashtag
Fungsi hashtag adalah untuk menghimpunkan post sesuatu hashtag dalam satu group. Sekiranya orang klik atau search hashtag tersebut, post anda yang mempunyai hashtag tersebut turut akan muncul.
Sekiranya anda masih baru, gunalah hashtag yang popular pada masa tersebut. Jangan buat hashtag sendiri pulak ya.
Gunalah hashtag secara beretika. Biarlah guna hashtag yang related dengan produk yang anda jual. Contohnya anda menjual tudung, gunalah hashtag yang related dengan tudung. Jangan guna hashtag seperti #savemalaysia, #prayforgaza, kan tak kena tu.
Nak guna #prayforgaza boleh, tetapi janganlah dekat post yang menjual. Kalau dekat post yang mendoakan rakyat Gaza tu ok.
6. Headline yang memukau
Setiap kali anda update status atau post anda, letaklah Headline yang boleh menarik perhatian.
Kalau boleh biar follower anda meleleh baca. Headline tak perlu panjang. Cukuplah sekadar untuk menarik orang untuk klik post anda.
7. Konsisten
Kalau boleh, biarlah anda update setiap hari profil anda. Ini penting untuk meningkatkan engagement anda dengan follower.
Bila saya cakap konsisten ni, janganlah setiap post nak menjual jer kan. Selitkan sedikit dengan nasihat dan tips berkaitan dengan niche atau bidang perniagaan anda.
Contohnya jika anda menjual tudung, anda boleh selitkan post tips pemilihan tudung, tema warna tudung dan sebagainya.
Ini penting untuk buatkan follower anda tertarik untuk sentiasa menanti post terbaru anda.
Salah satu perkara yang penting untuk anda belajar adalah cara penulisan setiap post di dalam profil Instagram anda.
Teknik penulisan ayat di Instagram yang betul dan berkesan mampu untuk membuatkan post anda menjadi viral.
Antara teknik penulisan yang berkesan adalah teknik story telling.
Penggunaan teknik ini secara konsisten mampu untuk membuatkan follower anda melekat dengan profil Instagram anda dan seterusnya membeli apa sahaja produk yang anda jual. Teknik ini juga dapat membantu untuk meningkatkan jumlah follower anda dengan cepat apabila post anda menjadi viral.
Nak Belajar Tak?
Selepas ini tulisan panjang pun orang rasa TAK NAK BERENTI baca.
Lebih cepat tarik perhatian orang dan untuk kekalkan bacaan orang walaupun post panjang.
Anda juga akan belajar penggunaan hashtag berkesan. Hashtag jangan letak sebarangan. Sebab tu bila post ramai peniaga je yang like, yang follow nanti pun ramai peniaga.
Tak nak kan jadi macam tu?
Klik gambar di bawah untuk keterangan lanjut.