Pelaburan, 3 Perkara Anda Patut Tahu
Apabila bercerita tentang pelaburan, ramai orang tidak faham atau tidak tahu. Kenapa?
Mereka tidak nampak betapa pentingnya melabur dan pelaburan dalam saham amat berisiko tinggi. Walaubagaimanapun, pengetahuan rakyat Malaysia berkaitan pelaburan amatlah rendah, mereka sentiasa berpendapat menyimpan adalah lebih penting daripada melabur.
Anda perlu tahu bahawa, matlamat utama melabur adalah membuatkan duit bekerja untuk anda, bukannya anda bekerja untuk duit.
Semakin awal anda belajar berkenaan melabur, semakin cepat anda dapat lihat perkembangan pelaburan anda.
Jadi kenapa anda perlu mula melabur sekarang?
Jom kita lihat kenapa orang Malaysia perlu memulakan pelaburan mereka sekarang
Sebab 1: Anda perlu merancang masa depan anda
Apabila anda bersara atau pencen, anda memerlukan sekurang-kurangnya RM1.9 juta dalam akaun KWSP anda untuk mempunyai kehidupan yang selesa.
Mengikut daripada kajian yang dibuat oleh AIA, terdapat 53% corresponden amat risau akan jumlah simpanan persaraan mereka dan bimbang tak sempat nak mengumpul jumlah yang cukup apabila bersara nanti.
Ya memang betul. Amat mustahil untuk anda dapat kumpulkan jumlah tersebut hanya melalui simpanan anda sahaja.
Hanya melalui melabur sahaja anda dapat kembangkan jumlah simpanan anda.
Anda juga perlu buat timbang untuk mula melabur dalam medium lain selain mengharapkan daripada ASB sahaja seperti hartanah atau mutual fund. Cuba lihat tahun ini berapa banyak dividen yang anda dapat.
Makin menurunkan?
Baca : Dividen ASB 2016
Jadi mulakan melabur dalam medium lain untuk masa depan anda dan keluarga.
Tapi jangan terlibat dalam Skim Cepat Kaya pula ya.
Sebab 2: Kejatuhan nilai ringgit
Baru-baru ini saya berada di Ho Chi Minh. Saya berada di salah satu restoran berhampiran dengan hotel saya dan nak bayar harga makanan saya sebanyak USD10. Saya dengan bangganya mengeluarkan RM50 daripada dompet saya tetapi ditolak oleh cashier.
Sebelum ini saya tidak mempunyai sebarang masalah jika membayar menggunakan ringgit di Vietnam. Cashier tersebut memberi alasan tidak dapat terima ringgit kerana nilainya yang amat teruk. Memang malu sekejap saya di situ.
Dengan kejatuhan menghampiri RM4.50 untuk USD1, ini boleh dikatakan kejatuhan paling teruk dalam tempoh 17 tahun.
Ini perkara yang anda perlu lihat dengan kejatuhan ringgi ini:
- Kos untuk mengimport semakin tinggi dan ini memberi kesan kepada harga barang tersebut
- Semakin mahal untuk berjalan ke luar negara
- Kuasa beli akan menurun
- Harga makanan kegemaran kita semakin mahal
Jika anda merasakan kesan daripada pengenalan GST, cuba anda bayangkan kesan akan lebih buruk dengan kejatuhan nilai ringgit ini.
Harga barang akan jadi semakin mahal dan mengurangkan kuasa beli anda. Cuba anda lihat kalau anda bawak RM100 ke Tesco, berapa banyak barang anda boleh beli sekarang berbanding dengan 2 tahun dahulu.
Salah satu cara untuk melawan kejatuhan nilai ringgit adalah dengan mulakan pelaburan anda dengan syarikat luar.
Sebab 3: Pasaran saham yang tidak menentu sejak 2016
Jika rakan anda mengatakan kepada anda jangan mula melabur dalam pasaran saham kerana pasaran semakin jatuh, anda sepatutnya berfikir semula.
Sebagai seorang pelabur yang bijak, saat yang paling sesuai untuk mulakan pelaburan saham adalah semasa kejatuhan harga pasaran.
Anda masih ingat pada tahun 2008?
Kenal tak Warren Buffet?
Pada tahun 2008, ramai pelabur menjual saham mereka kerana menyangka pasaran saham akan terus jatuh. Tetapi sebagai seorang yang nampak lubang dalam pasaran, Warrent Buffet membeli saham tersebut dan mula melabur dalam syarikat-syarikat yang berpotensi.
Cuba lihat apa yang jadi sekarang apabila pasaran saham kembali pulih, Warren Buffet mesti gelak sahaja sekarang.
Menurut daripada satu sumber, Warrent Buffet telah dapat untuk sebanyak USD10 billion hasil daripada pelaburan tersebut.
Jadi anda belajar sesuatu tak?
Masa untuk mula melabur bukannya esok atau bulan depan, tetapi sekarang.
Anda boleh bermula kecil dahulu dan mula menambah pelaburan anda sedikit demi sedikit.
Salah satu bidang pelaburan yang dapat memberi pulangan yang setimpal adalah bidang hartanah.
Dengan pertumbuhan hartanah di Malaysia, sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda mula melabur.
Kalau saya bagitahu anda boleh beli rumah tahun depan tanpa perlukan banyak modal, anda minat tak nak tahu?
Saya ada jumpa satu ebook yang menghimpunkan 16 otai dunia hartanah yang berpengalaman dalam urusan jual beli rumah.
Anda cuma perlu ikut sahaja apa mereka yang dikira otai dalam bidang hartanah Malaysia buat.
Ini bukan cakap kosong ya.
Mereka semua ni semua dah berpengalaman dan sudah beberapa kali beli rumah denagn modal yang minima.
Ada yang siap dapat duit lebih lagi.
Minat?
Klik link di bawah tanpa ragu-ragu:
[+] Ebook “TAKDE DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?”