Apa sebenarnya BR1M?
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah mendapat banyak perhatian dan kontroversi. Ramai yang mengatakan skim ini adalah pakej bantuan ekonomi, bantuan kebajikan rakyat dan rasuah kerajaan.
Pada Nasi Tambah, ini adalah bentuk bantuan kepada rakyat yang susah. Dengan adanya BR1M, ia sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka yang betul-betul memerlukan bantuan seperti untuk membeli keperluan rumah, makanan, buku dan sebagainya.
Adalah BR1M satu rasuah untuk tarik undi?
Untuk menjawab soalan ini, kita perlu melihat samaada skim ini memberi impak yang signifikan dalam pilihanraya umum yang lepas.
Pada pendapat kami, BR1M memberi impak juga sedikit sebanyak dan bercampur. Kalau nak kata bantuan ini bertujuan untuk menarik undi, kenapa masih ada 3 buah negeri di bawah kuasa Pakatan Rakyat?
Memang tidak dinafikan ada jugak memberi pengaruh besar terutamanya kepada kawasan pendalaman yang banyak mendapat impak besar daripada Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini. Hasil daripada kajian dan penglihatan yang dibuat, ramai masyarakat di pendalaman menghargai bantuan yang diberikan kerajaan Barisan Nasional ini dan seterusnya mengundi mereka dalam pilihanraya umum yang lepas.
Adalah BR1M satu bantuan kebajikan?
Bantuan kebajikan biasanya dikaitkan dengan mereka yang amat memerlukan bantuan seperti mereka yang cacat dari segi fizikal dan mental, ibu tunggal atau miskin tegar.
Mengikut daripada statistik yang dikeluarkan, terdapat lebih 7 juta rakyat Malaysia mendapat bantuan BR1M, jadi takkan la 7 juta rakyat Malaysia ni dikategorikan dalam miskin tegar?
Adakah negara kita tergolong dengan rakyat miskin sahaja?
Bagi Nasi Tambah, usah dipedulikan dengan kata-kata sesetengah pihak yang mengatakan bantuan ini adalah usaha kerajaan untuk memberi rasuah kepada rakyat.
Selagi ia dapat membantu rakyat untuk hidup dengan lebih aman kita patut sokong.