Musang King Berharga RM100 Sekilo

0

Ramai yang meminati Musang King. Bagi yang tidak tahu, Musang King adalah salah satu jenis durian yang paling diminati.

Tetapi pada masa sekarang, ramai penggemar durian ini mempertikaikan tindakan sesetengan peniaga yang mengambil kesempatan di atas populariti Musang King sebagai Raja Durian apabila ia dijual pada harga terlajak mahal mencecah RM100 sekilogram sejak beberapa minggu lalu.

Dalam tinjaun yang dilakukan akhbar Kosmo! dibeberapa lokasi di Chow Kit, Petaling Jaya dan Ampang mendapati rata-rata peniaga meletakkan harga antara RM80 hingga RM100 untuk sekilogram.

Pergh.. Dasyat gila harga sekarang.

Ini bermakna, kita perlu membelanjakan lebih RM150 hanya untuk mendapatkan sebiji durian bersaiz sederhana yang biasanya seberat lebih sekilogram dengan purata enam hingga lapan ulas durian.

Segara anggarannya, seorang penggemar durian terpaksa membayar harga RM20 untuk hanya seulas durian yang dimakannya.

Jika kita makan bersama ahli keluarga seramai lima orang, ketua keluarga perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM700 untuk lima buah durian.

Wow…

Biasanya harga Musang King hanya dijual sekitar RM35 hingga RM50 sekilogram.

Walaubagaimanapun, peniaga memberi alasan terpaksa menaikkan harga kerana kurang bekalan berikutan sekarang bukan musim Musang King.

Untuk makluman, musim Raja Durian ini adalah sekitar Julai.

Jadi untuk penggemar durian ini, jangan gelabah. Beli dulu durian jenis lain dan hanya tunggu musim nya sahaja untuk nikmati durian yang terbaik ini.

Info Harga Semasa Durian

musang king

Info Durian Musang King

musang king

  • Benih daripada klon D197
  • Setiap buah seberat 2 hingga 2.5 kilogram
  • Isi berwarna sangat kuning, tebal, tekstur halus, rasa lemak manis dan berbiji kecil
  • Pohon induk berasal dari Pulau Raya iaitu sebuah pulau di tengah Sungai Kelantan berdekatan dengan pekan Tanah Merah
  • Tunas durian ini ditanam oleh seorang peladang, Wee Chong Beng pada tahun 1970
  • Pada tahun 1980-an, Musang King mula ditanam oleh pekebun durian di Pahan dan Gua Musang
  • Didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia sebagai D197 pada tahun 1993
  • Pohon Musang King tumbuh di daratan rendah hingga ketinggian 1,000 meter dari atas laut
  • Berbuah antara bulan Mac hingga Ogos

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!