Jumlah Dividen ASB 2016
Dividen ASB 2016 : 6.75
Tentu ramai yang menanti pengumuman dividen ASB 2016 kan?
Hari ini (22 Disember 2016) Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan dividen ASB 2016.
ASNB mengumumkan dividen pada tahun ini adalah sebanyak 6.75 sen seunit untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016. Mereka juga mengumumkan lebih sembilan juta pemegang unit amanah ASB bakal menerima bonus sebanyak 0.50 sen seunit.
Pengumuman dividen ASB 2016 ini diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Jumlah ini adalah yang terendah untuk 10 tahun sejak tahun 2006 ataupun lebih tepat lagi paling rendah dalam sejarah ASB. Walau bagaimanapun ini adalah sudah dijangka dengan pasaran ekonomi dunia pada masa ini menunjukkan penurunan.
Untuk rekod, jumlah dividen ASB pada tahun 2015 adalah sebanyak 7.25 sen seunit.
Jadual Perbandingan Dividen ASB 2016 hingga 2006
Tahun | Dividen | Bonus |
---|---|---|
2016 | 6.75 | 0.50 |
2015 | 7.25 | 0.50 |
2014 | 7.50 | 1.00 |
2013 | 7.70 | 1.00 |
2012 | 7.75 | 1.15 |
2011 | 7.65 | 1.15 |
2010 | 7.50 | 1.25 |
2009 | 7.30 | 1.25 |
2008 | 7.00 | 1.75 |
2007 | 8.00 | 1.00 |
2006 | 7.30 | 1.25 |
Dijangkakan suasana ketidaktentuan pasaran pada masa ini akan berterusan untuk beberapa bulan lagi.
Manakala bagi Amanah Saham Nasional (ASN) pula, agihan dividen ASN 2016 adalah sebanyak 5.00 sen seunit untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.
Semua pelabur boleh menyemak dan mengemaskini buku pelaburan mereka di semua cawangan ASNB seluruh negara bermula 3 Januari 2017.
Agihan dividen ASB 2016 dan bonus akan dikredit secara automatik ke dalam akaun semua pelabur. Anda tidak perlu buat apa-apa.
Bagi kita sebagai pelabur dalam ASB, sudah tentu kita kurang berpuas hati dengan jumlah dividen yang diumumkan ini, tetapi di dalam meluahkan rasa tidak puas hati kita, jangan kita lupa juga keadaan ekonomi dunia sekarang.
Walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan oleh pihak PNB untuk memastikan dalam memberi jumlah dividen yang tinggi, beberapa faktor luaran yang di luar kawalan mereka.
Apapun kami di pihak Nasi Tambah amat berharap Pelan Strategi 2017-2020 dapat memberi pulangan yang baik dan kompetitif kepada semua pemegang unit amanah.
Kita tunggu dan lihat saja nanti ya.