Cara Memulakan Perniagaan Yang Menguntungkan
Ramai yang hendak berniaga tetapi tidak tahu cara memulakan perniagaan yang boleh bertahan dalam satu jangka masa yang lama.
Banyak perniagaan yang tutup dalam masa kurang setahun sebab tidak membuat permulaan perniagaan yang betul. Maksud betul di sini adalah perancangan sebelum memulakan perniagaan itu amat penting.
Gagal merancang bermakna anda tidak tahu hala tuju perniagaan anda.
Baca sampai habis untuk ketahui bagaimana cara memulakan perniagaan supaya dapat menjadi syarikat yang boleh melawan sebarang bentuk masalah.
Cara Memulakan Perniagaan
- Kenalpasti perniagaan yang anda hendak bangunkan. Servis atau produk? Bangunkan produk sendiri atau jual produk orang lain. Tentukan bagaimana perniagaan anda akan dipasarkan. Langkah ini penting untuk permudahkan proses mengenal pasti sasaran market dan siapa bakal pelanggan. Jika anda hendak memasarkan produk sendiri, penting untuk kenal pasti bentuk packaging produk anda.
- Beri nama syarikat yang ada commercial value. Nama tersebut mestilah dibaca dan diingati.
- Sekiranya anda membuat produk sendiri, beri nama produk anda dengan nama yang catchy supaya orang sentiasa ingat. Jangan lupa juga buat logo yang menarik. Jika ada bajet lebih anda boleh suruh designer yang bagus buat logo anda.
- Tentukan jawatan anda dalam syarikat anda. Sebagai contoh Pengurus untuk syarikat enterprise dan Pengarah Urusan untuk syarikat Sdn Bhd
- Tempah kad bisnes.
- Buat pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Buatkan juga Facebook Page, Instagram, Twitter untuk brand anda. Daftarkan juga domain dan buat website untuk brand anda.
- Wujudkan profile syarikat yang merangkumi
- Jenis perniagaan anda
- Produk atau servis yang anda tawarkan
- Struktur organisasi
- Misi dan visi
- Bina rancangan perniagaan yang merangkumi
- Sumber manusia
- Kewangan
- Pengeluaran
- Pemasaran
- Pengedaran
- Cari kursus atau seminar perniagaan dalam bidang yang anda ceburi
- Sertai kelas pemasaran tak kira online atau offline. Kemahiran pemasaran penting untuk anda bangunkan perniagaan anda.
- Gambar produk yang cantik dan jelas. Sekiranya anda memasarkan produk secara online, anda boleh post gambar produk anda beserta dengan logo brand anda paling kurang 5 kali sehari dalam 3 bulan. Setiap post tersebut mestilah mempunyai headline dan content yang bersesuai dengan target pasaran anda.
- 12. Bina format bil, resit, invois dan DO. Pastikan ada logo dan alamat anda didalamnya.
- Fahami konsep menjual dan pemasaran (sales & marketing). Marketing adalah proses nak dapatkan prospek manakala menjual anda proses menukarkan prospek menjadi pelanggan. Pelbagaikan channel pemasaran anda tak kira offline atau online. Tentukan juga layer pengedaran produk anda. Contoh:
Pengeluar – Stokis – Pengedar – Agen – Customer
Pengeluar – Stokis – Agen – Customer
Pengeluar – Stokis – Customer
Pengeluar – customer
Peringkat atau layer ini penting untuk tentukan struktur harga produk anda. - Buka akaun semasa (current account) syarikat untuk memudahkan proses dokumentasi.
- Buat semua transaksi syarikat menggunakan cek untuk membuatkan akaun syarikat sentiasa aktif.
- Rekod semua urusan jual beli. Ini adalah amat penting untuk pengiraan duit keluar masuk untuk mengira untung dan rugi.
- Sediakan satu file untuk simpan semua resit, invois dan rekod jualan.
- Sediakan tempat atau facility untuk pelanggan memberi maklum balas. Ini penting untuk menambah baik SOP dan produk anda.
- Ambil tahu data yang ada selepas buat proses pemasaran untuk kenal pasti mana satu proses pemasaran yang berkesan. Ulang proses pemasaran yang berkesan bawa untung kepada syarikat.
- Ini PENTING. Jangan curi duit syarikat. Tentukan jumlah gaji anda dan pekerja. Jangan guna duit syarikat melainkan gaji anda.
- Ambil tahu perbelanjaan atau expenses syarikat supaya tidak melebihi bajet dan mengurangkan untung anda.
- Sentiasa upgrade ilmu pemasaran dan penjualan supaya anda dapat menambah baik urusan syarikat.
Semua di atas adalah proses perjalanan syarikat yang diamalkan oleh banyak syarikat besar. Ingat, cara memulakan perniagaan yang betul dapat membuatkan perniagaan dapat dijalankan dengan tersusun dan dalam kawalan anda.