Permohonan BR1M ditolak, apa yang boleh kita lakukan

0

BR1M oh BR1M. Ramai yang mengeluh apabila permohonan BR1M ditolak. Terbaru bermula semalam (6/3/2017), tular di media sosial apabila satu screenshot permohonan BR1M ditolak kerana pasangan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

SSM adalah alasan penolakan paling banyak diterima.

permohonan br1m ditolak

Dimanakah puncanya permohonan BR1M ditolak ini?

Anda memang seorang peniaga yang bagus mendaftar perniagaan anda supaya dipercayai dan lebih berkembang tetapi adakah anda telah mendaftar fail cukai pendapatan anda di LHDN?

Tidak kisahlah anda layak atau tidak dikenakan cukai pendapatan ke atas perniagaan anda, anda perlu mendaftarkannya dan laporkan pendapatan anda setiap tahun.

Jadi apabila anda tidak melaporkannya bagaimana pihak bertanggungjawab hendak tahu status pendapatan anda yang sebenar.

Jika dilihat semula tarikh rayuan sehingga 31 MEI 2017 jadi jika anda layak utk dapatkan BR1M tersebut, jalankan tanggungjawab anda untuk mendaftar dan melaporkan perniagaan anda.

Apabila ada bukti yang kukuh anda sebenarnya layak keatas BR1M tersebut Insyaa Allah ianya milik anda dan keluarga anda.

Gagal sekali bukan bermakna kita gagal selamanya. Kita semua adalah rakyat Malaysia yang bijak, jadi cuba kita fikirkan cara untuk menyelesaikan masalah dari menambahkan masalah yang ada. Buat rayuan, ikut cadangan saya sekiranya ada yang berkaitan, orang yang berusaha adalah orang yang positif.

Selain bergantung kepada BR1M cuba kita menjana pendapatan sampingan, beranikan diri ke arah perubahan yang baik untuk keluarga anda, kurangkan memberikan alasan dan cuba daripada tidak mencuba langsung.

Banyakkan bersedekah di saat kita kesempitan, bukan bersedekah d isaat kita berduit, macam saya kata tak percaya cuba dan redha keatas segala ujianNya.

Insyaa Allah rezeki tak terduga datang.

Jom kita muhasabah diri dan redha dengan apa yang sedang berlaku, niat yang baik-baik dan ambil tindakan yang sewajarnya.

Dulu saya perlukan BRIM, tapi saya tahu ada yg lebih memerlukan. Tetapi saya tak pernah berhenti untuk berusaha, tak perlu menunggu atas bantuan dari pihak lain.

Kejayaan dan kesenangan kita, kita sendiri yg tentukan.

Walaupun ramai yang sedih permohonan BR1M ditolak, jom ubah dan buat sesuatu untuk pastikan income atau pon ekonomi kita lebih kukuh.

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan rayuan BR1M bermula dari 3 April sehingga 31 Mei 2017.

Status permohonan BR1M terbaru boleh disemak di https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s&y=2016.

Anda juga boleh menambah pendapatan keluarga dengan melakukan perniagaan internet untuk menjana pendapatan sampingan.

Tak tahu cara nak buat perniagaan internet?

Saya cadangkan anda download video cara perniagaan internet secara percuma dari link di bawah

http://semakan.info/hin/1188

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!