Kilang Bateri, Dari Kilang Terbiar Ke Pusat Beli Belah Kontemporari
Ramai yang teruja apabila Kilang Bateri menjadi viral dalam Facebook dan Instagram baru-baru ini. Tempat tumpuan ini yang semakin menjadi tumpuan mendapat nama tersebut kerana bangunan asal dan tapak tersebut adalah sebuah kilang membuat bateri Eveready yang sudah menamatkan operasi mereka pada tahun 2013.
Uniknya, bangunan tinggal kilang itu dibangunkan semula dan selepas renovate menjadi begitu cantik seperti hari ini, ia mengekalkan nama Kilang Bateri yang sudah sebati dengan penduduk sekitarnya.

Konsep ini tidak pernah ada sebelum ini di Malaysia di mana sebuah kilang tinggal dibangunkan semula menjadi pusat beli belah.
Sekarang Kilang Bateri menjadi icon yang wajib dilawati jika anda melawat Johor Bahru.
Kilang yang lama merupakan antara kilang moden yang pertama ada di Johor yang dibangunkan sekitar tahun 1970an.
Kilang Eveready ini menutup operasinya pada tahun 2013.
Istimewanya, papan tanda tempat ini boleh kelihatan dari jauh dengan papan tanda tertera perkataan ‘BATERI’ berlampu malah semasa anda memasuki pintu utama, anda boleh melihat pemandangan yang sungguh cantik dengan masih kelihatan dekorasi antik kilang yang lama.
Tempat ini akan lebih meriah pada waktu malam dengan pengunjung datang untuk makan, melihat persembahan live band dan membeli belah.
Kilang Bateri dibangunkan oleh Foreveready Sdn Bhd yang merupakan gabungan 3 syarikat Skalareka, Creativist Idea Sdn Bhd dan Funtime Sdn Bhd yang bersatu untuk membangunkan semula kilang lama ini.
Mereka mengambil masa lebih kurang setahun yang dibangun secara berfasa dan membuka operasi secara rasmi pada Julai 2015.
Dengan keluasan 4.8 hektar, kilang yang sebelum ini terbiar berubah wajah kepada pusat beli belah yang cantik dan selesa dan pusat aktiviti seni dan hobi dan menjadi tempat remaja melakukan aktiviti yang sihat.
Tempat ini mempunyai lebih 200 lot gerai yang menempatkan kedai pakaian, makanan, minuman, kedai buku dan pusat kecantikan. Selain itu, kilang lama ini juga mempunyai pelbagai kemudahan yang selesa seperti surau, ruang parking sebanyak 750 lot, pentas mini, pusat hiburan keluarga dan 2 buah dewan.
Foreveready Sdn Bhd masih mengekalkan beberapa dekorasi asal kilang yang memperlihatkan konsep vintaj dan antik yang bukan sahaja dapat menarik pengunjung sekitar Johor, tempat ini juga dapat menarik orang dari Singapura untuk berkunjung.
Antara Tarikan Kilang Bateri
Persembahan Hiburan Keluarga
Selain daripada membeli belah, pengunjung yang berkunjung ke sini juga dalam berhibur dengan menontot persembahan busking secara langsung. Ini dapat menghidupkan suasana sekitar tempat ini.
Pusat Makanan
Kepelbagaian gerai makanan yang 100% halal menarik pelbagai lapisan masyarakat berkunjung sehingga dikatakan pada setiap hujung minggu tempat ini sentiasa penuh sesak.
Dengan adanya Kilang Bateri ini menjadikan kita mempunyai satu lagi tempat yang wajib dilawati jika datang melawat Johor Bahru.
Sekiranya anda ingin melawat tempat ini, anda boleh wazekan alamat ini ya: 83, Jalan Tampoi, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia