Kecewa Dengan Masalah Streamyx Yang Tak Berkesudahan
Ramai pengguna internet di Malaysia mempunyai pengalaman dengan masalah Streamyx yang tidak pernah habis.
Sekejap ada internet, sekejap takda.
Sekejap laju, sekejap perlahan macam siput.
Pelbagai aduan telah dibuat kepada pihak Telekom Malaysia tetapi masalah Streamyx tidak pernah selesai.
Terbaru, seorang pengguna TM Streamyx meluahkan kekecewaannya terhadap perkhidmatan capaian internet Streamyx yang selalu ada masalah. Lebih mengejutkan apabila agen khidmat pelanggan TM memaklumkan pengguna akan dikenakan caj jika pihak teknikal perlu ke rumah beliau.
Persoalannya mengapa perlu caj pengguna untuk menyelesaikan masalah Streamyx sedangkan pengguna membayar bil setiap bulan?
Tidakkah pelik tu?
Sebelum ini saya juga merupakan pengguna Streamyx dan Unifi juga mempunyai masalah dengan perkhidmatan mereka. Nasib baik rumah saya yang baru ini mempunyai liputan Time Fibre. Setakat ini saya tidak pernah ada lagi masalah dengan perkhidmatan dengan Time. Dah laa lebih laju daripada TM Unifi, caj bulanan pula lebih murah. Tapi malangnya kawasan liputan Time adalah terhad.
Jom kita baca apa pengalaman pengguna Streamyx ini berurusan dengan pegawai khidmat pelanggan Streamyx.
Masalah Streamyx
Pengguna Streamyx dah 7 tahun tapi sering mempunyai masalah dengan Streamyx.
Diharapkan supaya pihak TM dapat meningkatkan lagi keupayaan Streamyx disamping menambah baik perkhidmatan mereka seiring dengan kempem kerajaan untuk meningkatkan tahap capaian internet di Malaysia. Rakyat Malaysia tidak mempunyai pilihan kerana perkhidmatan internet di Malaysia di monopoli oleh pihak TM.