Kambing Golek BBQ Sedap Dan Lazat

0

Ramai yang menggemari kambing golek walaupun terdapat kebimbangan darah tinggi akan naik. Ini ditambah pula dengan kemunculan banyak katering yang menawarkan perkhidmatan kambing golek di majlis-majlis kenduri membuatkan hidangan ini menjadi rebutan sehingga boleh habis dalam masa yang singkat.

Hidangan kambing golek memang menjadi makanan peberet kebanyakkan admin Nasi Tambah, membuatkan kami mencari hidangan yang sedap. Pencarian kami berjaya apabila menemui hidangan yang menjadi sebutan penduduk di sekitar Kerian dan utara Perak.

Menurut penduduk tempatan, Syarikat AZR BBQ Team Enterprise menawarkan hidangan kambing golek yang bukan sahaja lazat tetapi mempunyai rasa yang unik.

kambing golek bbq

Kami berpeluang merasa sendiri hidangan yang disediakan oleh syarikat ini, ternyata ia amat sedap.

Nasi Tambah cuma mencari mengenai syarikat AZR BBQ Team Enterprise dalam internet, ternyata memang famous juga jenama bbq ini.

Berikut merupakan artikel yang kami petik dari laman berita Bernama.

Mendapat cetusan ilham daripada ayahnya, Cef Azman Ibrahim, 49, Noor Muhammad Amzar tidak menyangka resipi kambing golek BBQ yang diusahakannya mendapat sambutan begitu menggalakkan.

Walaupun terbabit dalam perniagaan utama keluarga iaitu perniagaan Warung Udang Lipan yang terkenal di Parit Buntar, dia memutuskan untuk mencari kelainan dalam melebarkan sayap perniagaannya.

“Berbanding adik-beradik lain yang mahir masakan berasaskan udang lipan dan Melayu tradisional, saya lebih cenderung dengan masakan Barat dan melihat potensi hidangan kambing golek BBQ.

“Saya membulatkan tekad untuk memfokuskan kepada perkhidmatan kambing golek BBQ untuk sebarang jenis majlis dan kenduri dan ternyata langkah yang diambil amat tepat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Tempahan Kambing Golek

Noor Muhammad Amzar berkata, dia menerima tempahan antara 15 hingga 30 ekor kambing golek BBQ Boer setiap bulan daripada pelanggan dengan pakej yang ditawarkan serendah RM1,200 hingga RM1,800 seekor.

AZR BBQ Team hanya menggunakan kambing Boer yang diimport dari Australia kerana ia lebih berkualiti berbanding kambing tempatan kerana dagingnya lebih lembut selain tidak berbau.

“Kambing golek kami diperap semalaman dengan rempah-ratus yang terpilih agar aroma rempah sebati dengan daging.

“Selain itu, AZR BBQ Team melaksanakan konsep memanggang pada hari kenduri dan tidak merebusnya terlebih dahulu seperti yang diamalkan oleh banyak pihak,” katanya.

Menurut Noor Muhammad Amzar, daging kambing yang dipanggang dihidangkan bersama sos lada hitam istimewa, sup cendawan dan kentang lenyek secara bufet.

Wah nampak menarikkan hidangan yang disediakan syarikat ini?

Kalau anda ada lagi tempat kambing bakar atau golek yang sedap, boleh laa komen di bawah. Nanti kami akan serbu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!