Rindukan Sahabat Yang Dah Pergi, Lihat Apa Luahan Dari Anak Kecil Nie
Jom kita baca luahan hati anak kecil, Puteri Adreanna Azzahraa.
Umur masih kecil, 6 tahun tapi dah tau makna sahabat sejati. Kisah nie diceritakan kembali oleh ibunya, Puan Nor Azrin.
Tanggal 6 Oktober 2016, merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan anak saya.
Hari di mana dia kehilangan sahabat buat selamanya. Pergi yang takkan kembali.
Dia kehilangan sahabatnya, Sakinah yang lemas di kolam renang di salah sebuah club house di KL.
Mereka adalah sebaya. Berkawan baik sejak setahun lalu di mana sama-sama berlari, bermain, belajar, buat aktiviti kebajikan.
Hampir setiap hari nama Sakinah tak pernah lepas dari mulut dia.
Malam apabila dia dapat tahu sahabat dia meninggal, sedih sangat dia.
Moga kau tenang di sana nak. Jannah menantimu.
Setiap malam sebelum tidur dia akan bacakan al-fatihah untuk sahabat beliau.
Maaf untuk menjaga privacy keluarga sahabat Puteri Adreanna, saya kena hide nama ibunya.
Al-fatihah untuk Sakinah.
Dari sahabatmu, Puteri Adreanna Azzahraa.