Persediaan Anak Ke Sekolah Darjah Satu

0

Tak lama lagi penggal baru persekolahan bakal bermula. Bagi ibu bapa yang bakal pertama kali menghantar anak ke sekolah mesti rasa berdebar-debar kan?

Kadangkala ibu bapa yang over nervous berbanding anak tu… hehe

Ibu bapa yang pertama kali hantar anak ke sekolah sudah buat persediaan tak?

Persediaan hantar anak ke sekolah darjah satu memang kadangkala memeningkan kepala bagi ibu bapa yang pertama kali.

Saya ada terbaca perkongsian seorang ibu di Facebook baru-baru ini. Anaknya nak masuk ke darjah satu. Beliau tak tahu apa kelengkapan yang perlu disediakan untuk anaknya.

Jom sambung baca.

Persediaan anak ke sekolah

Yuran Sekolah

Tiada yuran dikenakan, jadi tak perlu risau. Ada sekolah yang mengenakan yuran PIBG sebanyak RM50 sahaja, seperti sekolah anak saya.

Buku Sekolah

Saya cadangkan anda supaya beli awal-awal buku sekolah ini. Biasanya sekolah akan bagi list buku apa yang perlu dibeli.

Nak beli semasa hari orientasi boleh, cuma bertabahlah. Tentu ramai ibu bapa juga beli semasa hari orientasi, jadi kalau sanggup beratur panjang, takde masalah kalau nak dapatkan semasa hari orientasi.

Anda hanya perlu beli buku latihan sahaja sebab biasanya sekolah akan bagi percuma buku teks.

Baju Sekolah

Untuk baju sekolah, bergantung kepada kemampuan anda. Saya cadangkan supaya beli 3 pasang.

Kalau boleh cari yang tahan lasak. Biasa la kan budak-budak terutamanya anak lelaki. Baju yang tahan lasak boleh tahan lama sikit.

Nak tempah pun boleh baju sekolah ni, cuma pastikan tukang jahit tu tahu warna yang betul untuk seluar atau kain biru tu.

Beg Sekolah

Sama juga untuk beg sekolah ini, bergantung kepada bajet dan kemampuan anda.

Saya cadangkan supaya anda dapatkan beg yang mahal sikit sebab tahan lasak berbanding dapatkan bag yang murah, nanti tak sampai 2 bulan dah rosak.

Labur sedikit duit dapatkan beg yang berkualiti.

Kasut Sekolah

Untuk kasut, saya cadangkan anda supaya beli kasut jenis canvas sahaja, jangan beli kasut jenis canvas + PVC, alaa yang ada span dekat belakang tu.

Bukan apa, kasut jenis canvas cepat kering berbanding yang ada PVC tu.

Kalau dulu kalau kasut tak kering kita boleh sangkut belakang peti sejuk. Ingat tak zaman sekolah dulu? hehehe

Tapi peti sejuk yang baru sekarang manada besi-besi dekat belakang tu. Susah nak kering nanti bila musim hujan.

Satu lagi saya nak ingat, beli kasut yang jenis lekat ya, melainkan anak anda sudah mahir dengan kasut bertali.

Selepas beli kasut, jangan lupa beli kapur kasut. Kalau nanti agak-agak malas nak basuh kasut, boleh sapu jer dengan kapur tu bagi putih. Ada pengalaman tak dulu..hehehe

Alat tulis

Ini satu lagi perkara penting yang perlu anda sediakan.

Tak perlu beli yang mahal untuk alat tulis sebab biasanya alat tulislah antara benda yang senang hilang.

Beli je yang jenis bundle tu. Anda boleh dapatkan di pasaraya borang seperti GM.
Beli banyak dapat murah kan.

Ok.. begitulah perkara asas yang perlu anda sediakan menjelang persediaan anak ke sekolah.

Ada lagi perkara yang perlu anda lihat selain dari perkara yang saya sentuh ini seperti, bas atau van sekolah, baju sukan, duit belanja dan sebagainya.

Persediaan anak ke sekolah adalah satu pengalaman yang amat bermakna, sama seperti ibu bapa kita semasa menghantar kita ke sekolah dulu.

Oh ya… jangan lupa bawa handphone semasa hantar anak ke sekolah darjah satu nanti ya. Jangan lupa selfie puas-puas nanti, sebab biasanya ibu yang terlebih excited berbanding anak. hehehe

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!