Nasihat Ikhlas Untuk Pengguna Grabcar, Luahan Hati Pemandu Grabcar

0

Ramai pada masa sekarang berasa mudah untuk tempah Grabcar untuk pergi ke satu-satu tempat. Ini adalah kerana lebih menjimatkan dan mudah berbanding pandu sendiri ke tempat tersebut.

Cuba bayangkan jika anda hendak ke Mid Valley pada hari minggu atau cuti umum. Bila nak pergi ke pusat membeli belah seperti Mid Valley pada hujung minggu atau hari cuti, perkara utama yang terbayang adalah susah nak cari tempat letak kereta. Kalau anda pergi menggunakan khidmat Grabcar, anda dah tak perlu memikirkan tempat parking. Selain itu anda juga tak perlu risaukan berapa caj parking dan berapa minyak nak kena isi.

Buka saja apps Grab dalam handphone anda dan order. Mudah sajakan?

Dalam menghadapi ragam pelbagai pengguna Grab, sudah tentu ada pelbagai pengalaman yang dilalui oleh pemandu Grab.

Jom kita baca bersama

Luahan Hati Pemandu Grabcar

1- Penumpang ajak pergi amik kawan dia sebelum gerak ke tempat sebenar

Anda perlu ingat, setiap pemandu Grab dapat pendapat mengikut trip. Jika dah nak pergi 2 tempat, anda sebenarnya sudah menyusahkan pemandu Grab tersebut. Kalau tempat dekat takpa, ni jauh 4-5km. Apa kata suruh rakan anda juga order Grabcar mereka sendiri.

2- Suruh pemandu grabcar bawak laju sebab nak cepat

Anda ingat semua pemandu Grab ni pemandu F1 ke?

Sebagai pemandu Grab, keselamatan anda adalah perkara paling utama. Perkara ini selalu diingatkan oleh pihak Grab kepada semua pemandu mereka.
Jadi kalau bawak laju lepas tu accident pulak, sapa nak jawab?

Kalau anda dah lambat, banyak bersabar je la.

3- Merokok dalam kereta

Untuk pengetahuan anda, semua kereta Grab adalah kereta larangan merokok. Bukan anda sorang saja yang jadi penumpang.
Selepas pemandu tersebut drop off anda di destinasi anda, mereka perlu ambil penumpang lain.

Jadi bertimbang rasa lah sikit dengan bau-bau asap rokok anda tersebut selepas anda turun.
Lagipun bukan semua pemandu Grab adalah perokok seperti anda.

4- Sumbat segala jenis barang dalam kereta

Ini satu lagi penyakit sesetengah pengguna Grab. Kalau boleh nak letak barang 1 rumah dalam kereta.
Anda perlu ingat kapasiti yang boleh dibawa dalam kereta tersebut.

Kalau nak pindah, baik order lori ya..

5- Nak pergi tempat lain tapi letak tempat lain semasa order Grabcar

Kononnya anda nak berjimat untuk elak bayar lebih sampai sanggup letak tempat 4-5km sebelum destinasi sebenar anda semasa order dalam aplikasi Grab.
Ini perkara yang paling menyampah bagi semua pemandu Grab.

Ingat ya, next time letak destinasi sebenar yang nak dituju tu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!