Janna Nick Tak Selesa Gaun Seksi, Pereka Fesyen Beri Kenyataan Balas
Ramai yang meminati pelakon drama Suami Tanpa Cinta, Janna Nick. Sebelum ini Janna Nick bebas dari sebarang kontroversi tetapi perkembangan terbaru beliau dikaitkan dengan kontroversi dengan seorang pereka fesyen.
Sebelum ini Janna dikatakan berlagak dan menarik muka 14 dengan pereka fesyen tersebut kerana enggan menggayakan busana yang direka oleh pereka fesyen tersebut, Janna ternyata mempunyai sebab tersendiri kenapa beliau enggan memakai baju yang dah direka.
Menurut Janna, dia tidak berminat memakai koleksi yang dibawa oleh pereka tersebut kerana tidak sesuai dengan imejnya dan terlalu seksi.
Janna juga menafikan beliau menarik muka 14 terhadap pereka fesyen tersebut kerana tidak menggemari koleksi busana yang dibawa.
Kenyataan Balas Terhadap Janna Nick
Walaubagaimanapun berikut merupakan kenyataan balas yang dibuat oleh pereka fesyen tersebut, Khairul Amri Hassan yang membuat kenyataan dalam laman Facebooknya.
“Berputar putar putar putar putar putar alam!
(Merujuk kepada artikel yangg dikeluarkan di akhbar Pancaindera tarikh 15 Januari 2017)
Saya masih bertamadun dan ada agama. Bodohlah saya untuk bogelkan individu beragama Islam dan ditatap satu Malaysia. Mari saya terangkan situasi sebenar daripada belah pihak saya:
1. Saya sediakan enam opsyen pakaian untuk sesi fotografi tersebut. Dua yang dipilih adalah persalinan oversize jaket dan skinny fitted pants manakala satu lagi gaun hijau zamrud yang baru disiapkan SEHARI sebelum sesi fotografi itu.
2. Turut disediakan adalah sehelai oversized jumper, dress nude neoprene bawah lutut, loose top dan skirt floral paras bawah lutut, sehelai dress biru paras bawah lutut (daripada photoshoot hari sama namun tidak sempat digayakan artis terdahulu) dan sehelai dress hitam strapless paras lutut seperti yang didakwa. Namun dress hitam itu sekadar plan kontigensi sekiranya terdapat masalah dgn pakaian lain.
3. Artis berkenaan bagaimanapun tidak menggayakan langsung mana-mana pakaian yang disediakan sebaliknya memilih untuk memakai jumpsut merah jambu yang dipadankan dengan jaket putih yang dibawa sendiri tanpa memaklumkan kepada saya akan pilihan terbabit.
4. Anggapan saya beliau tidak berminat atau berhajat untuk mengenakan pakaian yang saya bawakan. Apakah kapasiti untuk saya terus menunggu?
5. Artis berkenaan tidak langsung memakai persalinan yang telah disediakan.
6. Tiada penjelasan atau makluman kepada saya tentang perjalanan lanjut dan keperluan pakaian saya untuk sesi tersebut.
7. Berada dalam ruang solek dan tiada sepatah kata (perkenalan) daripada artis berkenaan sehingga saya sendiri yang menghulur salam.
8. Masing-masing punyai kerjaya dan tuntutan kerja. Seandainya seseorang artis itu perlu memenuhi jadual harian begitu juga saya. Masa dan kudrat bukan perkara percuma untuk disia-siakan.
Jadi, plot cerita mana yang sedang diberitakan sekarang?
#bukannakgaduh #nikorangbaikbaik #kenapapusingcerita ?
Komen Nasi Tambah, walaupun pereka fesyen ada sebab tersendiri kenapa beliau tidak berpuas hati, beliau sepatutnya menghormati keputusan Janna Nick yang tidak berminat dengan koleksi busananya. Beliau juga kena terima sebab yang nak pakai tu tuan punya badan, jadi tentulah Janna tahu apa yang sesuai dan apa yang tidak dengan imejnya terutama jika melibatkan baju yang seksi.
Sumber: Astro Gempak