7 TIPS PENULISAN RESUME YANG MENARIK PERHATIAN MAJIKAN
Dalam mencari pekerjaan, penulisan resume merupakan antara elemen penting untuk menentukan anda dipanggil untuk temuduga atau tidak. Mendapat pekerjaan pada masa sekarang bukan perkara yang mudah. Ramai pencari kerja terpaksa bekerja dalam bidang bukan yang menjadi idaman mereka.
Terutamanya golongan fresh graduate kurang menitik beratkan penulisan resume mereka. Ada yang letakkan info yang tidak berfaedah di dalam resume mereka. Penulisan resume yang baik merupakan kretiria yang dinilai oleh bakal majikan anda untuk menilai keupayaan dan kelayakan anda.
Adalah penting untuk anda belajar teknik penulisan resume yang berkesan dan menarik untuk membolehkan anda mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat pekerjaan yag anda idamkan.
Jom teruskan pembacaan anda untuk perbaiki cara penulisan resume anda dengan terapkan 7 tips ini.
7 Tips Penulisan Resume
1- CERITAKAN SIAPA DIRI ANDA
Dalam seksyen ini, ceritakan hal berkaitan diri anda dengan seberapa ringkas dan padat. Fokuskan kepada skill yang anda mempunyai kemahiran yang tinggi. Seksyen ini akan menjadi rujukan kepada bakal majikan anda untuk mengenali kesesuaian anda dalam mencari calon pekerja mereka.
2- GUNAKAN KAEDAH SUSUNAN TERBALIK
Pastikan anda senaraikan pencapaian atau apa yang anda ceburi dalam masa yang terdekat. Majikan lebih berminat untuk tahu pencapaian terbaru anda berbanding perkara yang sudah berlalu lama.
3- GUNAKAN KEYWORD
Lihat job description yang diletakkan bakal majikan di dalam iklan jawatan. Jika majikan letakkan perlukan yang mahir dalam pengaturcaraan PHP, anda boleh ambil kesempatan dengan meletakkan mahir pengaturcaraan PHP di dalam resume anda. Tetapi sebelum tu pastikan anda benar mahir dalam job description yang dinyatakan bakal majikan. Jangan menipu pula ya..
4- LATAR BELAKANG SYARIKAT LAMA ANDA
Untuk menambah lagi kualiti resume anda, selitkan maklumat yang jelas mengenai syarikat lama anda bekerja. Setiap syarikat mempunyai jenis perniagaan yang berbeza. Dengan cara ini, majikan baru akan dapat mengenal pasti kelebihan yang anda ada.
5- “BULLET POINT”
Sekiranya anda memerlukan penerangan yang panjang seperti menerangakn pencapaian anda di syarikat sekarang, pastikan anda terangkan dalam bentuk bullet point. Kalau anda letak dalam perenggan, ini akan menyukarkan bakal majikan anda untuk membaca dan ambil isi penting dan seterusnya menyebabkan resume anda kurang menarik.
6- “ EYE FRIENDLY”
Pastikan resume anda mempunyai sususan yang “eye friendly”. Dengan sususan yang rumit, ini akan menyebabkan ‘impresion’ yang kurang baik dari majikan. Seterusnya akan mengurangkan fokus dan minat majikan untuk membaca resume anda.
7- EDUCATION BACKGROUND YANG PALING AKHIR
Kebanyakan majikan lebih berminat untuk mengetahui pengalaman dan skil anda. Jadi dengan meletakkan ‘education background’ di belakang sekali akan menambah kualiti resume anda. Dengan ini, majikan akan lebih berminat dengan resume anda.
Nampak tak?
Tak susah mana nak buat resume yang menarik dan memukau majikan anda.
Pastikan anda ikut kesemua tips yang Nasi Tambah berikan ini.
Kami yakin resume anda akan lebih menonjol dan menarik berbanding resume calon-calon yang lain.
TUKAR RESUME KE BENTUK INFOGRAFIK
HR department kebiasaanya menerima ratusan resume setiap kali iklan jawatan kosong dikeluarkan. Ini bermakna mereka perlu membaca banyak resume dan boleh jadi terlepas pandang resume anda.
Jika anda menghantar resume dalam bentuk infografik, ia sudah tentu lain daripada yang lain dan dapat menarik minat mereka untuk membaca resume anda.
Anda mungkin mempunyai latar belakang dan pengalaman yang hebat, jadi anda perlu pastikan mereka membaca resume anda. 4 daripada 5 HR department yang kami temui, lebih menggemari resume infografik berbanding resume lama.