6 Tips Kurangkan Demam Kuning Bayi
Demam kuning memang biasa terjadi kepada bayi yang baru lahir. Demam ini boleh terjadi tak kira pada bayi yang lahir cukup bulan atau yang tidak cukup bulan.
Apa yang penting ialah sekiranya anak kita menghidam demam kuning, kita tidak perlu panik.
Biasanya pihak hospital sudah bersedia dengan kelengkapan untuk merawat demam ini di mana kebiasaany bayi akan ditahan buat sementara di wad dan diberi rawatan yang secukupnya. Bayi yang lahir tidak cukup bulan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat demam ini.
Punca Demam Kuning
Sebenarnya demam ini bukanlah suatu penyakit. Demam ini terjadi apabila sel darah merah pecah. Semakin banyak sel darah merah pecah, semakin tinggi kadar warna kuning pada badan bayi tersebut. Untuk tahu bayi terkena demam ini mudah sahaja, lihat pada najis bayi tersebut, jika berwarna kuning maka kemungkinan besar bayi tersebut terkena demam kuning. Selain itu, bayi yang terkena demam ini juga boleh dilihat pada warna badan dan mata bayi tersebut, biasanya bayi yang terkena demam ini, warna kulit atau matanya akan kelihatan kuning.
Cara Rawatan Demam Kuning
Kebiasaannya pihak hospital akan mengambil darah bayi tersebut terlebih dahulu untuk memastikan tahap dan jenis demam tersebut. Jika keadaan kuning bayi tersebut berada pada tahap tertentu, bayi akan diletakkan di bawah lampu fototerapi. Lampu ini dapat membantu mengurangkan tahap kuning bayi tersebut.
Semasa proses dalam fototerapi ini, baju dan seluar bayi tersebut akan ditanggalkan manakala mata akan ditutup dengan alat pelindung khas untuk mengelakkan daripada retina mata bayi rosak. Bayi tersebut juga akan diberi minum susu dengan lebih kerap dan dalam kuantiti yang banyak supaya dapat mengelakkan daripada kekurangan air atau dehidrasi. Sekiranya perlu, pihak hospital mungkin akan melakukan proses pertukaran darah sekiranya tahap kuning bayi tersebut terlalu tinggi.
6 Tips Kurangkan Demam Kuning Bayi
Ok, jika anda nak mencuba kaedah alternatif untuk merawat masalah demam ini, di sini boleh ikuti 6 tips yang Nasi Tambah kumpulkan.
- Cuba berikan bayi tersebut minum susu badan seberapa kerap yang mungkin supaya dapat menggalakkannya buang air besar dan seterusnya dapat menyingkirkan bilirubin dari badan.
- Ambil susu kambing, susu kambing yang asli ya bukan yang dah diproses dan titiskan 5-6 titis pada mulut bayi tersebut.
- Ibu juga perlu memakan banyak kurma dan juga madu kerana bahan yang dimakan tersebut seterusnya akan menghasilkan susu badan yang baik untuk merawat demam kuning.
- Jika anda ingat orang tua dahulu amalkan jemur bayi di bawah cahaya matahari. Kalau boleh elakkan jemur terlalu lama kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan terhadap cahaya matahari. Kalau nak jemur juga, boleh dibuat di waktu pagi sahaja kerana cahaya matahari di waktu ini masih belum terik.
- Cuba cari hirisan madu asli dan letakkan di mulut bayi tersebut supaya dia dapat kemam kerana madu baik untuk menggalakkan pertumbuhan sel darah merah.
- Anda juga boleh buat urutan kecil dan lembut pada bahagian kening bayi tersebut sambil bertasbih dan berselawat. Cuba amalkan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Urutan ini dapat mengelakkan kuning tersebut naik ke kepala yang seterusnya akan mengakibatkan sawan.
Demikianlah 6 tips untuk mengurangkan demam kuning secara tradisional atau alternatif yang boleh anda amalkan sekiranya bayi anda mendapat demam ini. Yang penting anda tidak perlu panik.