Tukar Kad Debit Baru, Bank Di Serbu

Sekarang kecoh di laman media social, gara-gara kena tukar kad debit baru. Anda perlu menukar kepada kad debit baru yang dipertingkatkan tahap keselamatannya daripada tandatangan kepada PIN.

Kad debit baru tersebut tidak memerlukan anda menurunkan tandatangan semasa membuat pembayaran di terminal jualan di Malaysia tetapi anda hendaklah memasukkan PIN apabila dikehendaki. Ini adalah lebih selamat berbanding cara tandatangan di mana kebanyakkan jurujual tidak akan memeriksa tandatangan anda sama atau tidak semasa membuat pembayaran.

Bank menetapkankan sehingga 31 Disember 2016 untuk menukarkan kad debit baru secara percuma. Mulai 1 Januari 2017, caj akan dikenakan.

Bermula 1 Julai 2017, semua kad debit lama tidak lagi boleh digunakan semasa membuat pembayaran di terminal jualan.

Ramai yang mengeluh terpaksa beratur sehingga berjam-jam hanya untuk menukar kad debit baru.

Ini tidak sepatutnya berlaku kerana semua bank tempatan sudah mengeluarkan arahan penukaran kepada kad debit baru sejak Julai 2016 lagi tetapi tidak ramai yang mengambil perhatian.

Ramai yang suka menunggu sehingga saat-saat terakhir untuk membuat penukaran kepada kad yang baru.

Penambahan Waktu Operasi Bank Untuk Tukar Kad Debit Baru

 

Untuk menyenangkan penukaran kad yang baru, ada beberapa bank telah menambahkan waktu operasi beberapa cawangan mereka malah ada juga yang membuka cawangan yang terpilih pada hujung minggu.

Sila rujuk senarai bank di bawah yang kami telah kumpulkan. Anda juga boleh rujuk terus dengan bank terbabit untuk senarai yang lebih terkini. Klik nama bank untuk melihat.

Maybank – Penukaran kad debit baru yang inovatif

Antara bank di Malaysia, apa yang saya nampak Maybank adalah satu-satunya bank yang menawarkan cara penukaran kad yang memudahkan pelanggan mereka.

Selain penukaran kad di cawangan-cawangan bank, pelangan Maybank juga boleh menukarkan kad mereka melalui 2 kaedah lagi iaitu secara online melalui Maybank2U dan juga melalui mesin penukaran kad debit.

Cara alternatif 1 – Online melalui Maybank2u

  1. Login ke akaun Maybank2u
  2. Klik pada ‘Card Management’
  3. Klik pada ‘ATM/Debit Card’
  4. Sahkan alamat penghantaran anda dan term and condition
  5. Ikut arahan pada skrin di mana anda akan diminta untuk memasukan TAC anda
  6. Tunggu kad dihantar terus ke alamat pilihan anda dalam masa 14 hari

Cara alternatif 2- Kiosk 

Ini merupakan cara yang paling cepat. Yang penting PERCUMA.

Kad boleh siap dalam kurang 10 minit sahaja.

Anda hanya perlu bawa kad debit yang lama dan juga kad pengenalan sahaja.

Malangnya bukan semua cawangan Maybank mempunyai mesit penukaran kad debit ini.

Klik Di Sini Untuk Senarai Cawangan Maybank yang mempunyai mesin ini

Sebenarnya ada banyak kebaikkan menggunakan kad debit baru ini berbanding kad yang lama. Bagi anda yang belum menukarkan kad anda, segera lakukan sekarang.

 

bsn online balance checkbuat kad atm bsn barucara buat kad atm maybank barucara tukar kad atm bsncara tukar kad atm maybankcara tukar kad debit barukad atm maybank barukad atm maybank baru 2016kad bank bsn tamat tempohkad bsn baru 2016kad debit barukad debit bsn barukad maybank baru 2016kad maybank gambar sendirikad maybank terbarupenukaran kad atm bank islampenukaran kad atm bsnpenukaran kad atm bsn 2016public bank atm cardpublic bank atm card customer servicepublic bank atm card expiredpublic bank change debit cardpublic bank debit card expiredpublic bank debit card limitpublic bank debit card renewpublic bank new atm cardtarikh akhir tukar kad bsntukar kad atm bsntukar kad atm bsn 2016tukar kad atm public banktukar kad bsn 2016tukar kad bsn barutukar kad bsn baru 2016tukar kad debit barutukar kad debit cimbtukar kad debit maybanktukar kad maybank barutukar kad maybank baru 2016tukar kad maybank gambar sendiritukar kad maybank online
Comments (0)
Add Comment