Cara Memohon Rumah PR1MA Secara Online

Ramai yang masih tak tahu cara memohon rumah PR1MA terutamanya dari orang Melayu. Mengikut rekod daripada PR1MA jumlah permohonan yang diterima dari kaum Melayu masih kurang jika nak dibandingkan dengan kaum lain.

Sebenarnya cara memohon rumah PR1MA sudah dipermudahkan dan boleh juga dibuat secara online sahaja, tak perlu datang ke pejabat PR1MA.

Ok sebelum Nasi Tambah teruskan dengan cara memohon rumah PR1MA ini, jom kita faham dulu apa itu perumahan PR1MA atau rumah mampu milik ini.

Apa itu PR1MA

PR1MA ditubuhkan bertujuan untuk membangun, merancang, menawarkan dan membina satu perumahan yang berkualiti tinggi yang berkonsepkan gaya hidup moden.

Kedudukan sesebuah kediaman PR1MA terletak di kawasan yang strategik yang ditawarkan dengan harga RM100,000 hingga RM400,000. Perumahan PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan satu isi rumah purata bulanan di antara RM2,500 hingga RM10,000.

Syarat Kelayakan Memohon PR1MA

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah individu/keluarga (suami isteri) di antara RM2,500 hingga RM10,000 sebulan
  • Kediaman pertama atau kedua sahaja.

Cara Memohon Rumah PR1MA

  1. Pendaftaran: Buat pendaftaran di laman web PR1MA (www.pr1ma.my). Proses pendaftaran memerlukan anda menghantar beberapa dokumen untuk pengesahan. Setelah mendaftar anda akan menerima makluman melalui email apabila kediaman PR1MA dibuka di kawasan pilihan anda
  2. Permohonan: Apabila anda menerima email berkaitan kediaman PR1MA di kawasan pilihan anda, anda perlu login ke laman web PR1MA untuk membuat permohonan.
  3. Pengundian: Selepas membuat permohonan, anda akan melalui proses pengundian yang telus. Sekiranya anda berjaya, anda akan dimaklumkan melalui email untuk membuat pilihan unit kediaman anda.
  4. Pembiayaan: Anda akan ditawarkan beberapa pakej pembiayaan perumahan yang terbaik melalui panel bank PR1MA.

Senarai Perumahan PR1MA

Anda boleh lihat projek kediaman PR1MA yang dibuka untuk permohonan dengan klik pada button di bawah.

Senarai Perumahan PR1MA

Nasihat Nasi Tambah, bagi yang layak memohon, anda boleh buat pendaftaran sekarang. Isi saja borang dulu. Nanti bila ada kediaman PR1MA di kawasan anda, anda boleh terus memohon. Rugi kalau anda layak tetapi tak daftar.

Jangan mendaftar dengan pihak ketiga yang meminta bayaran. Untuk pengetahuan anda, pendaftaran untuk PR1MA ini adalah percuma sahaja. Jadi, apa tunggu lagi? Daftar lah sekarang.

 

cara memohon rumah pr1macara memohon skim rumah pertamakucontoh rumah mampu milik johorcontoh rumah primaharga rumah primaharga rumah prima pahangkaedah memohon rumah pr1makawasan perumahan pr1makemaskini prima pahangpermohonan rumah mampu milikpermohonan rumah mesra rakyatpermohonan rumah pr1maperumahan penjawat awamperumahan pr1maperumahan rakyat 1 malaysiaperumahan terkini pr1mapprt pahangpr1maprimaprima sungai petani 1projek prima pahangrumah contoh prima pahangrumah johorrumah mampu milikrumah mampu milik johorrumah mampu milik kedah 2016rumah mampu milik kelantanrumah mampu milik negeri sembilanrumah mampu milik sabahrumah mampu milik sarawakrumah mampu milik selangorrumah mampu milik terengganurumah mesra rakyatrumah pertamakurumah pr1marumah pr1ma selangorrumah prima 1 malaysiarumah prima johorrumah prima kedahrumah prima kedah 2016rumah prima pahangrumah prima perakrumah prima sungai petani 2rumah prima terengganusemakan prima pahangsemakan rumah mampu milik johorsemakan rumah primasemakan status permohonan perumahan suk pahangskim rumah pertama 2016skim rumah pertamaku 2015skim rumah pertamaku bsnskim rumah pertamaku cimbskim rumah pertamaku maybankskim rumah pertamaku public bankskim rumah primasyarat kelulusan pr1masyarat memohon rumah pr1ma
Comments (0)
Add Comment