Tambah Bukan Sebarang Tambah

WiFi Rumah, Baca 5 Tips Ini Untuk Elak Dicuri

0 42

Sambungan internet yang lebih laju mendorong lebih ramai rakyat Malaysia menyambungkan peranti dengan internet di rumah dengan WiFi.

Pernah dengar tak ada orang boleh ‘curi’ connect pada WiFi rumah anda?

Kadang-kadang jiran sebelah saja pun yang buat kerja macam ni.

Walaupun rangkaian internet terbabit menyediakan kemudahan lebih besar dan membolehkan komunikasi lebih pantas, rangkaian berkenaan boleh menjadi sasaran bagi penjenayah siber.

Selain meningkatkan pengetahuan mengenai IoT dan menggunakan strategi untuk menapis penyambungan rangkaian dengan sumber tidak dikenali, anda boleh melindungi rangkaian WiFi rumah dan peranti mudah daripada risiko keselamatan siber.

Jom kali ini Nasi Tambah nak bagi anda 5 tips untuk lindungi WiFi rumah anda.

5 Tips Lindungi WiFi rumah

1. Simpan semua senarai peranti dan aplikasi kritikal pada rangkaian anda, termasuk pengeluar untuk memudahkan proses mengemaskini peranti, sistem operasi, aplikasi dan pelayar.

2. Dapatkan antivirus dan perisian antimalware, pastikan ia dikemas kini dan berfungsi secara teratur.

3. Dapatkan peranti keselamatan. Kebanyakkan pakej keselamatan rumah merangkumi pilihan peranti keselamatan. Hidupkannya.

4. Praktikkan penggunaan kata laluan yang baik. Tukar kata laluan anda setiap tiga hingga enam bulan. Gunakan pengurus kata laluan (password manager) untuk menyimpan password. Gunakan password yang berbeza untuk perkara lain. Jangan campurkan password peribadi dan kerja anda.

5. Password manager dicipta untuk membantu menguruskan semua password anda dan anda hanya perlu tahu satu password induk. Teknologi ini juga secara automatik akan mewujudkan password rawak yang kuat untuk setiap aplikasi yang anda mahu akses dan menyimpannya di dalam format yang dirahsiakan.

Ok, cuba anda praktikan 5 tips ini untuk melindungi WiFi rumah anda daripada di ‘curi’ guna oleh jiran anda.

Kalau anda perasan, kelajuan internet anda tiba-tiba jadi perlahan, cubalah intai-intai samada WiFi rumah anda sudah dicuri oleh jiran anda.

Satu lagi cara yang mudah adalah tukar password WiFi anda setiap 3 bulan untuk meningkatkan keselamatan rangkaian anda. Untuk cara menukar password, anda boleh rujuk manual wireless router, sebab setiap pengeluar mempunyai cara berbeza untuk menukarkan password.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!