Tambah Bukan Sebarang Tambah

Video Pesawat Malaysia Airlines MH128 Berpatah Balik ke Melbourne

0 261

INSIDEN gangguan daripada penumpang sehingga pesawat MH128 yang dalam penerbangan dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik berakhir selepas penumpang yang membuat kecoh ditahan bahagian keselamatan lapangan terbang dan semua penumpang selamat meninggalkan pesawat.

Dalam kenyataan terkini daripada Malaysia Airlines pada 12.19 tengah malam, semua penumpang yang sudah meninggalkan pesawat menjalani pemeriksaan keselamatan oleh pihak berkuasa Australia.

Penumpang diberi kemudahan hotel dan ditawarkan untuk menaiki penerbangan seterusnya berdasarkan kekosongan atau menggunakan penerbangan syarikat lain.

Malaysia Airlines akan berkerjasama dengan pihak berkuasa Australia dalam menyiasat insiden yang berlaku.

“Kami ingin menegaskan bahawa tiada unsur pesawat dirampas.

“Keselamatan penumpang adalah keutamaan Malaysia Airlines dan syarikat penerbangan ini memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku,” katanya.

Pesawat MH128 yang berlepas dari lapangan terbang Melbourne pada jam 11.11 malam dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.28 pagi, Khamis.

Bagaimanapun, pesawat terpaksa berpatah balik selepas kapten menerima maklumat daripada anak kapal ada kekecohan berlaku apabila penumpang cuba masuk ke kokpit.

Susulan kejadian itu, akhbar tempatan Australia, Daily Mail melaporkan Lapangan Terbang Tullamarine ditutup dan pesawat diperiksa unit pemusnah bom.

Tahniah Nasi Tambah ucapkan kepada krew penerbangan MH128 yang tenang mengawal keadaan dalam pesawat dan bertindak pantas.

Banyak betul cabaran yang dialami oleh pihak Malaysia Airlines. Kita harapkan kejadian ini tidak memberi kesan kepada pemulihan Malaysia Airlines yang sedang berlangsung sekarang.

Update terbaru yang diterima menyatakan penumpang tersebut mabuk sebelum menaiki pesawat MH128. Nasib baik tindakan pantas krew penerbangan dapat mengelakkan kejadian yang lebih buruk.

Malaysia Airlines sentiasa mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dan dimaklumkan bahawa anak-anak kapal telah berjaya mengawal penumpang tersebut dan apabila pesawat itu mendarat, mereka telah segera menghubungi pihak keselamatan lapangan terbang.

 

mh128 mh128 mh128

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!