Video Panjat Mercu Tanda Ipoh, Berani Atau Bodoh

0 3,200

Panjat Mercu Tanda Ipoh, tindakan berani sekumpulan remaja dengan panjat mercu tanda Ipoh dipuji sekumpulan netizen manakala ada juga yang bimbang tindakan mereka ini akan diikut oleh mereka yang lain.

Walaupun tindakan panjat mercu tanda Ipoh yang sentiasa menyambut kedatangan pelawat ke bandaraya Ipoh setiap kali pelawat melalui lebuhraya Utara Selatan ini berani tetapi pada masa yang sama juga merupakan tindakan yang kurang bijak dan merbahaya.

Gambar yang menunjukkan tindakan sekumpulan remaja ini menjadi viral di internet baru-baru ini. Malah ada juga video yang dimuat naik (upload). Dalam video tersebut ada juga memaparkan seorang remaja perempuan duduk dalam hammock.

Anda boleh lihat dalam video di bawah

Untuk pengetahuan pembaca yang teringin juga buat perkara yang sama, Nasi Tambah nak nasihatkan hentikan sahajalah niat anda.

Ini adalah kerana, struktur mercu tanda Ipoh ini tidak direka untuk menampung berat manusia. Ia boleh tumbang bila-bila masa sahaja.

Jadi cuba fikirkan, jika anda naik dan roboh, ia akan menyusahkan siapa?

Ada banyak lagi perkara lain yang boleh dibuat untuk meluahkan perasaan remaja anda. Ada banyak lagi perkara yang boleh dibuat untuk menunjukkan anda berani seperti pergi tolong bangsa Rohingya daripada tindakan askar Myanmar contohnya. Kalau berani sangat apa kata anda pergi sana.

Tindakan tunjuk berani dengan panjat mercu tanda Ipoh ini tidak sepatutnya anda buat.

Menurut daripada Majlis Bandaraya Ipoh, mereka ini boleh dikenakan tindakan kerana tindakan ini boleh dikategorikan kepada merosakkan harta benda awam.

MBI juga akan membuat laporan polis untuk memulakan siasatan dan mendakwa remaja yang terlibat.

Jadi, adik-adik sekalian, nasihat Nasi Tambah untuk anda, fikir dulu semasak-masaknya sebelum buat sesuatu tindakan supaya tidak menyusahkan orang lain dan yang paling penting tidak membahayakan diri sendiri.

Zaman ini memang zaman tunjuk berani tetapi bukan berani dengan cara ini yang kita cari.

Lagi gambar mereka yang kononnya ‘berani’ ini. Jangan tiru cara mereka ya.

panjat mercu tanda ipoh

 

 

panjat mercu tanda ipoh

panjat mercu tanda ipoh

 

panjat mercu tanda ipoh

panjat mercu tanda ipoh

panjat mercu tanda ipoh

 

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!