Tambah Bukan Sebarang Tambah

Video David Teo Kena Tampar Dengan Mat Over

0 512

Akibat daripada keceluparan mulut Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo kena tampar dengan Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Kejadia berlaku ketika sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50): Segmen Penggiat Seni yang diadakan di Putrajaya.

Insiden bermula apabila David Teo seolah-olah mempersoalkan cara Rosyam mengendalikan sesi berkenaan kerana didakwa tidak melihat ke belakang dalam memilih penggiat seni untuk menyuarakan pandangan.

Beliau juga kedengaran seakan meninggikan suara dihadapan Perdana Menteri.

Program disiarkan secara langsung menerusi segmen FB Live di laman sosial Facebook itu, memperlihatkan Rosyam menegur Teo yang dianggap tidak menghormati Perdana Menteri.

Rosyam kemudian memberi laluan kepada David Teo menyatakan pandangan dan penerbit filem itu mula berpantun.

Bagaimanapun, belum sempat David Teo menghabiskan pantunnya, Mat Over tiba-tiba tampil lalu menampar David Teo.

Kejadian spontan itu segera dileraikan oleh pasukan keselamatan dan kedua-duanya dibawa keluar dari tempat dialog berlangsung.

Kejadian David Teo kena tampar ini menjadi viral sejak semalam.

Rosyam dan Najib kemudian meneruskan sesi dialog bersama hadirin.

Kira-kira 400 pelakon, penyanyi, pengacara televisyen dan selebriti menyertai sesi dialog berkenaan.

Bagi pendapat Nasi Tambah, sebab utama David Teo kena tampar tidak dapat dikenal pasti tapi jom kita lihat video yang boleh menjadi top di Malaysia ini.

Kedua-duanya salah, David sebab tidak menghormati majlis, Mat Over sebab tidak dapat mengawal perasaan dan bertindak melulu.

Dalam rakaman video berdurasi kurang 2 minit itu, Mat Over dilihat tiba-tiba melulu dari arah belakang pentas menuju ke arah David Teo yang sedang memegang mikrofon.

Tidak sempat David Teo nak habiskan pantun sendunya, “Sekali ombak menghempas pantai…”, Mat Over membalas dengan “Sekali tu juga penampar ke pipi”.. dengan menampar David Teo

Nasib baik ada anggota keselamatan sempat menahan Mat Over daripada terus bertindak dengan melulu.

 

david teo kena tampar

david teo kena tampar

Apa pun kedua-dua pihak telah berdamai apabila kedua-duanya kelihatan bersalaman dan memohon maaf kepada Datuk Seri Najib dan Dato Rosyam.

david kena tampar

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!