Tambah Bukan Sebarang Tambah

Tukar Kad Debit Baru, Bank Di Serbu

0 580

Sekarang kecoh di laman media social, gara-gara kena tukar kad debit baru. Anda perlu menukar kepada kad debit baru yang dipertingkatkan tahap keselamatannya daripada tandatangan kepada PIN.

Kad debit baru tersebut tidak memerlukan anda menurunkan tandatangan semasa membuat pembayaran di terminal jualan di Malaysia tetapi anda hendaklah memasukkan PIN apabila dikehendaki. Ini adalah lebih selamat berbanding cara tandatangan di mana kebanyakkan jurujual tidak akan memeriksa tandatangan anda sama atau tidak semasa membuat pembayaran.

Bank menetapkankan sehingga 31 Disember 2016 untuk menukarkan kad debit baru secara percuma. Mulai 1 Januari 2017, caj akan dikenakan.

Bermula 1 Julai 2017, semua kad debit lama tidak lagi boleh digunakan semasa membuat pembayaran di terminal jualan.

Ramai yang mengeluh terpaksa beratur sehingga berjam-jam hanya untuk menukar kad debit baru.

Ini tidak sepatutnya berlaku kerana semua bank tempatan sudah mengeluarkan arahan penukaran kepada kad debit baru sejak Julai 2016 lagi tetapi tidak ramai yang mengambil perhatian.

Ramai yang suka menunggu sehingga saat-saat terakhir untuk membuat penukaran kepada kad yang baru.

Penambahan Waktu Operasi Bank Untuk Tukar Kad Debit Baru

 

Untuk menyenangkan penukaran kad yang baru, ada beberapa bank telah menambahkan waktu operasi beberapa cawangan mereka malah ada juga yang membuka cawangan yang terpilih pada hujung minggu.

Sila rujuk senarai bank di bawah yang kami telah kumpulkan. Anda juga boleh rujuk terus dengan bank terbabit untuk senarai yang lebih terkini. Klik nama bank untuk melihat.

Maybank – Penukaran kad debit baru yang inovatif

Antara bank di Malaysia, apa yang saya nampak Maybank adalah satu-satunya bank yang menawarkan cara penukaran kad yang memudahkan pelanggan mereka.

Selain penukaran kad di cawangan-cawangan bank, pelangan Maybank juga boleh menukarkan kad mereka melalui 2 kaedah lagi iaitu secara online melalui Maybank2U dan juga melalui mesin penukaran kad debit.

Cara alternatif 1 – Online melalui Maybank2u

  1. Login ke akaun Maybank2u
  2. Klik pada ‘Card Management’
  3. Klik pada ‘ATM/Debit Card’
  4. Sahkan alamat penghantaran anda dan term and condition
  5. Ikut arahan pada skrin di mana anda akan diminta untuk memasukan TAC anda
  6. Tunggu kad dihantar terus ke alamat pilihan anda dalam masa 14 hari

Cara alternatif 2- Kiosk 

kad debit baru

Ini merupakan cara yang paling cepat. Yang penting PERCUMA.

Kad boleh siap dalam kurang 10 minit sahaja.

Anda hanya perlu bawa kad debit yang lama dan juga kad pengenalan sahaja.

Malangnya bukan semua cawangan Maybank mempunyai mesit penukaran kad debit ini.

Klik Di Sini Untuk Senarai Cawangan Maybank yang mempunyai mesin ini

Sebenarnya ada banyak kebaikkan menggunakan kad debit baru ini berbanding kad yang lama. Bagi anda yang belum menukarkan kad anda, segera lakukan sekarang.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!