TPPA Amerika Syarikat Buat Pengumuman Tarik Diri

0 73

Donald Trump buat kejutan pada hari pertama beliau menjadi Presiden Amerika apabila buat pengumuman menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Walaubagaimanapun, pengumuman ini bukanlah satu kejutan kerana sebelum ini beliau dengan lantang berkata Amerika akan menarik diri apabila beliau menjadi presiden.

Perjanjian ini mendapat pelbagai maklumbalas negatif dan positif daripada rakyat Malaysia.

Apa Itu TPPA?

Ia merupakan satu penjanjian di antara negara anggota di mana negara yang menandatangani perjanjian tersebut bebas untuk berdagang secara komprehensif dalam pelbagai sektor seperti sumber manusia, alam sekitar, perdagangan dan pelaburan dalam syarikat milik kerajaan (GLC), kewangan, telekomunikasi.

12 Negara Yang Terbabit TPPA

  1. Malaysia
  2. Australia
  3. Brunei
  4. Kanada
  5. Chile
  6. Jepun
  7. Mexico
  8. New Zealand
  9. Peru
  10. Singapura
  11. Vietnam
  12. Amerika Syarikat

Perjanjian ini menyediakn ruang perdagangan bebas daripada mana-mana caj dan tarif, di samping mewujudkan set kuota perdagangan timbal balik.

Kesan terbabit dalam perjanjian ini membolehkan Malaysia mengeksport sumber Malaysia seperti minyak kelapa sawit ke pasaran yang lebih meluas.

Industri kelapa sawit di antara industri yang kecewa apabila TPPA tidak menjadi kenyataan. Sudah tentu Donald Trump sebagai ahli perniagaan mempunyai sebab tersendiri kenapa beliau mahu Amerika Syarikat menarik diri.

Sudah tentu perjanjian ini tidak mendatangkan sebarang faedah kepada Amerika Syarikat.

Menarik untuk kita lihat bagaimana reaksi negara yang sudah menandatangani perjanjian terbabit apabila Amerika Syarikat mengumumkan perkara terbabit.

Nasi Tambah masih menanti tindakan yang akan dibuat Malaysia dalam hal ini kerana ketika artikel ini ditulis, kerajaan hanya membuat kenyataan akan berbincang tindakan selanjutnya dengan negara lain yang terlibat dengan TPPA.

Apapun kita doakan supaya kerajaan dapat mengumumkan tindakan yang bakal diambil seberapa segera supaya tiada lagi spekulasi liar akan dibuat.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!