Tips PAC Pegawai Penerangan S41

0 714

Tips PAC Pegawai Penerangan S41. Tahniah kepada mereka yang lulus dalam exam Pegawai Penerangan S41 baru-baru ini. Sekarang setelah lulus, langkah seterusnya adalah PAC.

PAC Pegawai Penerangan S41 adalah merupakan peringkat yang perlu dilalui oleh semua calon Pegawai Penerangan S41 sebelum layak dipanggil untuk temuduga. Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), peringkat PAC ini adalah penting untuk mereka menilai seseorang calon itu benar-benar layak atau tidak sebelum dipanggil ke peringkat akhir iaitu temuduga.

Sesi PAC Pegawai Penerangan S41 biasanya hanya berlangsung selama 1 hari sahaja, dari 8 pagi hingga 6 petang.

Semua calon digalakkan supata datang awal supaya dapat bersedia dan tidak kelam kabut. Dari segi pemakaian, silalah pakai pakaian yang bersesuaian dengan orang pergi pejabat ya. Mengikut daripada pemerhatian dari sesi yang lepas, ada segelintir calon yang datang dengan hanya pakai tshirt sahaja. Come on!!

Anda adalah bakal seorang pegawai kerajaan gred 41. Jadi tolonglah tunjukkan kualiti sebagai seorang pegawai 41. Pakai ikut protokol pejabat ya.

Cuba baca dan fahami kod etika pakaian pejabat.

Selepas proses pendaftaran, anda akan diberi nombor ahli. Ini adalah nombor merangkap identiti anda pada sepanjang program PAC tersebut. Nombor ini adalah penting kerana permarkahan adalah diberikan berdasar nombor ini. Jika anda tersilap beri nombor ketika program, maka orang lain lah yang akan dapat markah anda itu.

Ketika pendaftaran juga, anda akan diberikan slip kehadiran. Anda perlu bawa slip ini ke semua aktiviti yang dijalankan dan akan ditanda tangan oleh fasilitator bertugas di setiap aktiviti. Anda perlu pulangkan slip kehadiran sebelum balik.

Setiap aktiviti akan diadakan dalam bilik yang berbeza. Maklumat mengenai bilik mana ini anda akan dapat ketika mendaftar.

Anda juga akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan semasa mendaftar. Jadi pastikan anda cuba berkenalan dengan ahli kumpulan anda supaya dapat bekerjasama nanti.

6 aktiviti utama PAC Pegawai Penerangan S41

  • Ujian Personaliti SPA
  • Debat Ala Parlimen
  • Daya Penyelesaian Masalah
  • Group Discussion
  • Pengucapan Awam
  • Public Speaking

Aktiviti utama PAC Pegawai Penerangan S41:

1. Ujian personaliti SPA – Exam ini mudah sahaja. Tak perlu banyak berfikir. Jawab dengan jujur setiap soalan yang diberikan. Awas ya jangan cuba menipu kerana soalan akan diulang beberapa kali, jadi jika sekali anda tipu, mungkin dalam soalan lain anda tertangkap. Anda diberi masa 30 minit untuk ujian ini.

2. Debat ala parlimen – Inilah masanya anda nak cuba bakat jadi YB. Anda akan diberi tajuk oleh fasilitator dan anda kenalah berdebat sesama sendiri berkaitan tajuk yang diberikan. Selalunya tajuk diberi adalah isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan, jadi rajin-rajinkan diri anda untuk baca dan tahu perkembangan semasa. Masa diberi 30 minit sahaja untuk kumpulan anda berdebat, jadi lebih kurang dalam 2-3 minit je berhujah. Fasilitator akan tentukan siapa pihak kerajaan dan pembangkang. Apa yang penting dalam aktiviti ini? Saya bagi tips sikit, suara mesti jelas, hujah & bukti mantap penyampaian meyakinkan. Berlakon la sikit ala-ala ahli parlimen gitu. Insyallah kalau anda yakin, anda boleh.

3. Daya Penyelesaian Masalah – Kumpulan anda akan diberikan satu situasi dan anda harus menyelesaikannya. Selepas itu, anda perlu beri pembentangan terhadap situasi tersebut. Anda seeloknya lantik ketua untuk lead perbincangan. Yang paling penting kat aktiviti ini adalah teamwork, leadership skill, idea dan kebolehan berfikir di luar kotak. Faham kan? Masa diberi 45 minit (perbincangan dan pembentangan)

4. Group Discussion – Haaa, for this activity, you need to speak in English for 45 minutes. You will be given a topic and you need to discuss it with your group members. The topic will be general and quite easy to be discussed. Everyone can talk, so my tips here is, do not conquer the discussion. Let everyone talk and give ideas. But, its good also if you try to give comments on other people opinions but please do it positively ya. Sometimes, facilitator can even provoke you. For this activity, panel will see your ideas, your confidence level when you speak in English and your knowledge on the given topic.

5. Pengucapan awam & Public Speaking – Masa diberi untuk pengucapan awam ialah 5-6 minit sahaja dan public speaking 4-5 minit sahaja. Topik diberikan semasa pendaftaran. Buat persediaan sebaiknya sepanjang waktu rehat. Anda boleh rujuk teks tapi tolonglah jangan baca je teks tu, sampaikan dalam bentuk pengucapan awam. Biar panel lihat anda seorang yang yakin dan mampu berhujah dengan baik. Pastikan anda maintain good body language, eye contact dengan semua di dalam kelas tersebut termasuk ahli panel. Jangan cakap laju sangat, take your time, plan your momentum and rise like a star. Pandang mata kawan-kawan anda semasa pengucapan awam, biar meresap dalam hati.

Ini adalah tips yang dapat saya berikan untuk PAC Pegawai Penerangan S41.

Jadi gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk membuat persediaan. Good luck untuk PAC akan datang.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!