5 Tips Kurangkan Berat Badan Yang Berkesan

0 40

Setiap tahun mesti ramai di antara kita memasang azam untuk kurangkan berat badan. Trend masa sekarang ramai mula sedar betapa pentingnya melakukan senaman ringan setiap hari.

Tetapi, kita seharusnya sedar bahawa untuk kurangkan berat badan, cabaran yang terbesar adalah untuk mengawal diet pemakanan seharian kita. Ini ditambah lagi dengan kepelbagaian jenis makanan yang ada di Malaysia, dari Melayu, Cina, India, Arab, Western dan sebagainya, membuatkan ramai yang susah nak mendapatkan berat badan ideal.

Untuk anda, Nasi Tambah senaraikan 5 Tips Kurangkan Berat Badan yang anda boleh amalkan untuk mencapai berat dan bentuk badan idaman anda.

5 Tips Kurang Berat Badan

  1. Amalkan makan segenggam tangan sumber karbohidrat untuk sekali makan. Tak kira pagi, petang atau malam, anda cuba amalkan makan karbohidrat seperti roti, nasi dan mee dalam jumlah 1 genggam tangan sahaja. Ingat yaa, 1 genggam dalam sepinggan, bukan 1 genggam sekali suap… hehehe
  2. Ambil protein sebagai makanan utama. Untuk makan tengah hari, cuba makan protein seperti ayam atau ikan terlebih dahulu sebelum makan karbohidrat. Pastikan yang segar dan berkualiti ya.
  3. Perbanyakkan meminum air kosong. Kalau dah tak tahan sangat nak minum air manis, cuba ambil dalam separuh gelas sahaja. Memang susah pada permulaan jika anda tak biasa, tapi alah bisa tegal biasa kan.
  4. Makan sebelum lapar. Seperti sunnah Nabi Muhammad SAW, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Ini adalah untuk mengawal jumlah makanan yang anda ambil supaya tidak berlebihan.
  5. Nikmati hidup. Ini adalah penting! Jangan kerana anda nak kurus, anda bebankan hidup anda dengan diet yang berlebihan. Enjoy your life tetapi dalam masa yang sama kurangkan makan sedikit demi sedikit.

Nak kurangkan berat badan, kena mula dari sekarang.

Ok sedikian saja 5 tips mudah untuk anda amalkan untuk kurus. Mudah sahaja kan?

Kalau tak boleh amal semua, amik 1 atau 2 sahaja dulu dah cukup. Nanti apabila dah biasa, boleh tambah dengan perlahan.

Yang penting buat, jangan baca saja tau.

Jom kita mula…

 

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!