Tambang MRT Fasa 1 Laluan Sungai Buloh ke Semantan

0 419

Penantian rakyat Malaysia untuk menggunakan perkhidmatan MRT fasa 1 berakhir. MRT fasa 1 laluan Sungai Buloh – Semantan dibuka untuk orang ramai bermula 16 Disember 2016.

Semperna pelancarannya, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib mengumumkan tambang percuma selama 1 bulan, bermula 16 Disember 2016 hingga 16 Januari 2017. Pengumuman ini sudah tentu menggembirakan pengguna MRT fasa 1 ini dan memberi peluang untuk mereka mencubanya.

Ingat ya, percuma 1 bulan saja. Jangan ada yang tersilap pulak lepas nie. hehehe…

MRT fasa 1 melibatkan 12 stesen, bermula dari Sungai Buloh hingga ke Semantan.

mrt fasa 1

Projek MRT ini yang bernilai lebih RM22 bilion ini dijangka bakal digunakan oleh 400,000 penumpang sehari apabila fasa 2 yang melibatkan stesen Semantan ke Kajang siap sepenuhnya pada Julai 2017.

MRT fasa 1 ini yang menghubungkan Sungai Buloh ke Semantan sejauh 21 kilometer. Pembukaan fasa 1 ini bakal melegakan hati pengguna jalan raya kerana ia dijangka dapat meredakan kesesakan trafik di Lembah Klang.

Perkhidmatan MRT memberikan satu lagi alternatif pengangkutan awam sebagai tambahan kepada LRT, komuter dan monorel.

Sebanyak 28 set tren beroperasi dalam fasa 1 ini dan kesemuanya telah menjalani beberapa ujian sebelum dilancarkan pada 16 Disember 2016. Diharapkan tiada sebarang masalah apabila digunakan kelak.

Fakta mengenai MRT:

  • Menggunakan tren tanpa pemandu
  • Setiap tren mempunyai 4 gerabak dan mampu menampung 1,200 penumpang dalam satu masa
  • Lebih 8,000 tempat letak kereta disediakan di stesen-stesen tertentu
  • Feeder bus disediakan dengan tambang flat rate RM1 sahaja

Tambang MRT Fasa 1

Selama 1 bulan (16 Disember 2016 – 16 Januari 2017) tambang adalah percuma. Bermula 17 Januari 2017, tambang MRT adalah seperti di bawah

mrt fasa 1

Tiket perjalanan bakal menggunakan token, sama seperti yang digunakan LRT sekarang. Tambang ini dilihat kurang membebankan pengguna berbanding jika mereka memandu ke bandar.

Kebanyakkan stesen dibina di lokasi strategik di kawasan perumahan padat demi memenuhi keperluan orang ramai untuk berulang alik ke bandara raya.

Bagi kemudahan tempat letak kereta pula, terdapat sejumlah 14 tempat letak kereta bertingkat dan terbuka mengandungi 8,000 petak apabila MRT siap sepenuhnya menjelang Julai 2017.

Diharapkan dengan adanya MRT ini, ia memberi impak yang signifikan dalam mengurangkan kesesakan trafik pada hari ini, di samping pengguna berpendapatan rendah dan sederhana akan mendapat manfaat besar dari perkhidmatan ini.

Jadual keseluruhan projek MRT yang bakal siap menjelang Julai 2017.

mrt fasa 1

 

 

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!