Tambah Bukan Sebarang Tambah

Sultan Muhammad Ke V Memulakan Tugas Sebagai YDP Agong Ke 15

0 229

Sekitar pertabalan Sultan Muhammad ke V sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia ke 15.

Menarik untuk dilihat dalam gambar di bawah. Hehehehe…

Sultan Muhammad ke V

Gambar ini membuktikan Sultan Muhammad ke V tidak berminat nak jalan di atas karpet merah atau khas seperti itu.

Jiwa baginda sangat-sangat berjiwa rakyat.

Kesian kan tengok 2 orang mamat yang dah tunggu dekat pintu sebelah kanan tu. Tapi bagi saya tak perlu kesian dengan mamat 2 orang yang dah menyusahkan seluruh rakyat Malaysia tu.

Khas untuk mamat 2 orang tu:

  • bertabahlah yaa
  • tanda awal dah nampak dah ni
  • sikit hari lagi kita buka file 1 persatu ya
  • sabar… hehe

Menarik untuk dilihat di sepanjang pertabalan Sultan Muhammad ke V sebagai YDP Agong ke 15, buat pertama kali dalam sejarah istiadat istana:

  1. Kedudukan isteri-isteri jemaah mentari sepenuhnya diasingkan
  2. Kedudukan Perdana Menteri diletakkan sekali dengan kedudukan jemaah menteri yang lain
  3. Perdana Menteri tak duduk sekali dengan isteri beliau
  4. Segala perarakan Sultan Muhammad ke V tidak diiringi walau seorang perempuan.
  5. Sejurus pengisytiharan pemasyuran Sultan Kelantan sebagai YDP Agong, Datuk Paduka Maharajalela melaungkan kalimah suci ALLAHU AKBAR… ALLAHU AKBAR

Ini adalah atas permintaan ke bawah duli Sultan Muhammad ke V sendiri, di mana baginda menukarkan ‘Daulat Tuanku’ kepada ALLAHU AKBAR.

Menurut baginda kalau sebut Allahu Akbar mendapat pahala, sebut Daulat Tuanku tak dapat apa.

Allahu Akbar… Semoga Malaysia mendapat rahmat daripada Sultan yang betul mengamalkan cara hidup Islam.

Tak sabar nak lihat impian nak tengok Agong mengImamkan solat.

Sultan Muhammad ke V, 47, menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 semalam.

Upacara di balairung seri hari ini bermula dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh kedua-dua Seri Paduka Baginda.

Mesyuarat Khas itu dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Memulakan istiadat, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad tampil menyembahkan Surat Sumpah Jawatan kepada Sultan Muhammad ke V yang kemudiannya melafazkan Sumpah Jawatan sebelum menandatanganinya.

Surat Sumpah jawatan itu kemudiannya ditandatangani oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, sebagai saksi.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kemudian menyembahkan pula Surat Sumpah Jawatan kepada Sultan Nazrin yang kemudiannya melafazkan sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sebelum menandatanganinya.

Surat Sumpah Jawatan baginda turut ditandatangani oleh Sultan Mizan dan Tuanku Syed Sirajuddin sebagai saksi.

Selesai istiadat itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kemudian memaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-244 (Khas) ditangguhkan ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak.

Acara di balairung seri kemudiannya diteruskan dengan istiadat menandatangani perisytiharan memegang jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya. Memulakan istiadat itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diapit Datuk Paduka Maharaja Lela, Mejar Jeneral Datuk Md Tajri Alwi dan penolongnya Azuan Effendy Zairakithnaini menghadap dan menyembahkan Surat-surat  Perisytiharan memegang jawatan untuk ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Najib kemudian membaca perisytiharan bahawa Sultan Muhammad ke V telah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 manakala Sultan Nazrin pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Jom lihat antara gambar sekitar hari ini

sultan muhammad ke v sultan muhammad ke v sultan muhammad ke v sultan muhammad ke v sultan muhammad ke v

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!