Senarai Lagu Layak Ke AJL 31 22 Januari 2017

0 137

Senarai Lagu Layak Ke AJL 31. Menjelang lebih kurang 3 minggu lagi menjelang Anugerah Juara Lagu 31, artis-artis yang bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke 31 sudah pastinya semakin berdebar dan melakukan persiapan sebaik mungking.

Seperti yang kita tahu, Anugerah Juara Lagu adalah pentas untuk memartabatkan dan mengangkat lagu yang terbaik di Malaysia, bukannya pentas untuk menaikkan artis seperti anugerah yang lain.

Melihat kepada senarai lagu layak ke AJL 31 ini, sudah tentu ramai yang tidak sabar lagi untuk melihat lagu kegemaran mereka diangkat sebagai Juara Lagu ke 31.

Ke semua senarai lagu layak ke AJL 31 telah dinilai oleh juri profesional yang diketuai oleh Datuk Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram selaku ketua Juri, Habsah Hassan, Azlan Abu Hassan, AG Coco, Yasin Sulaiman, Johan Nawawi, Edrie Hashim dan Azlan & The Typewriter.

Berikut merupakan senarai lagu yang dipertandingkan di peringkat separuh akhir:

Separuh Akhir Pertama:

  1. Takkan Pergi – Hyper Act
  2. Sudah Ku Tahu – Projector Band
  3. Hang Pi Mana – Khalifah
  4. Hancur Aku – Estranged Feat Fazura
  5. Terakhir – Sufian Suhaimi
  6. Setia – Elizabeth Tan Feat Faizal Tahir
  7. Katakan – Harris Baba
  8. Demi Cinta – Ezad Lazim
  9. Mencinta – Azhael
  10. Kekal Bahagia – Ippo Hafiz
  11. Lelaki Teragung – Dayang Nurfaizah
  12. Ragu-Ragu – Tasha Mansahar & Syed Shamin
  13. Seperti Novel Cinta – Shiha Zikir
  14. Cinta Sukar Ditafsirkan – Mal Imran
  15. Mungkin Saja – Janna Nick
  16. Berat – Mark Adam
  17. Ada Saja – Amyra Rosli Feat Juzzthin & Waris

Separuh Akhir Kedua:

  1. Di Amaran Mama – Hazama & The Penglipur Lara
  2. Obses – Akim & The Majistret
  3. Polaroid – Sakura Band
  4. Hidup Dalam Mati – Syamel
  5. Hingga Ke Jannah – KRU
  6. Seindah Mimpi – Jaclyn Victor
  7. Pencuri Hati – Ayda Jebat
  8. Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip
  9. Ku Rela Dibenci – Aiman Tino
  10. Selamanya Cinta – Alif Satar & Shila Amzah
  11. Kalah Dalam Menang – Syamsul Yusof & Mawi
  12. Romeo – Stacy
  13. Anugerah Terindah – Black

Walau bagaimanapun, lagu Hidup Dalam Mati dendangan Syamel menarik diri disaat akhir.

Pentas separuh akhir pertama dan kedua berlangsung meriah di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Senarai Lagu Layak Ke AJL 31

  1. Lelaki Teragung – Dayang Nurfaizah
  2. Terakhir – Sufian Suhaimi
  3. Sudah Ku Tahu – Projektor Band
  4. Selamanya Cinta – Alif Satar & Sheila Amzah
  5. Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip
  6. Ku Rela Dibenci – Aiman Tino
  7. Di Amaran Mama – Hazama & The Penglipur Lara
  8. Obses – Akim & The Majistret
  9. Setia – Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir
  10. Kalah Dalam Menang – Syamsul Yusof & Mawi
  11. Hang Pi Mana – Khalifah Band
  12. Anugerah Terindah – Black

Melihat daripada senarai lagu layak ke AJL 31 ini, adalah dijangkakan lagu Lelaki Teragung dan Terimaku Seadanya bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu ke 31.

Kita tunggu dan lihat nanti ya.

Anugerah Juara Lagu ke 31 bakal berlangsung pada 22 Januari 2017 bermula jam 8.30 malam bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!