Tambah Bukan Sebarang Tambah

Rumah Sewa, 8 Tips Tuan Rumah Wajib Buat

0 56

Anda mempunyai rumah sewa yang penyewa culas membayar sewa rumah? Minggu ini kecoh selepas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengeluarkan kenyataan tuan rumah tak boleh halau penyewa keluar dari rumah sewa mereka.

Rujuk kenyataan PPIM di bawah

rumah sewa

Sudah laa tuan rumah teraniaya sebab tak dapt kutip duit sewa, sekarang pihak PPIM pula mengeluarkan kenyataan ini. Bertambah naik kepala la penyewa selepas ini.

Admin Nasi Tambah juga ada pengalaman peribadi berkenaan penyewa yang culas membayar sewa rumah walau berkali berusaha meminta. Pelbagai alasan yang diberikan, alasan yang popular adalah maaf duit masih belum dapat, gaji belum diterima dan sebagainya.

Sekiranya anda mempunyai rumah sewa dan hendak elakkan perkara ini terjadi, jom baca seterusnya 8 tips yang boleh anda amalkan untuk mengelak penyewa bebas tanpa menbayar duit sewa.

8 Tips Rumah Sewa Untuk Tuan Rumah

Tips 1: Terima undang-undang sedia ada

Akur dengan undang-undang. Jangan buat benda diluar undang-undang, dan jangan buat tindakan terburu-buru.

Tips 2: Ini cara betul tapis penyewa. Tak buat, tanggung sendiri

Tapis penyewa betul-betul. Ambil maklumat syarikat bakal penyewa bekerja, nombor majikan, nombor telefon keluarga, business card, slip gaji, dan lain-lain.

Proses ni penting untuk elakkan anda dapat penyewa “keras kepala”.

Tips 3 : Buat 2 salinan dokumen ini?

Buat perjanjian tenancy agreement sebanyak 2 salinan. Dan sila stamp-kan di LHDN dan pastikan penyewa dapat 1 salinan agreement tersebut.

Jangan anda simpan pula kedua-dua salinan tu. Ada owner yang tak nak stamp pun ada. Nak jimat kos dan nak elak cukai katanya. Parah.

Tips 4 : Satu indikator pastikan anda dapat ‘penyewa dari syurga’

Bab deposit pulak, jangan la anda kurangkan.

Wajibkan penyewa bayar penuh deposit sekuriti selama 2 bulan, 0.5 months deposit utiliti, advance rental selama 1 bulan, dan juga tenancy agreement fees.

Kalau jenis tak nak bayar deposit penuh tu, tak digalakkan anda ambil sebagai penyewa. Sebabnya dari situ anda dapat tahu beliau ada masalah kewangan. Anda nak ke penyewa yang ada masalah kewangan?

Tips : Sila minta penyewa sediakan post dated cheque kalau boleh. Cukup bulan, anda masukkan je cek tu. Kan senang kerja. Minta dulu dengan penyewa. Kalau tak dapat, tak apa.

Tips 5 : Cakap saja, tak jalan. Apa nak buat?

Kalau ada pun masalah sepanjang sewaan, biasakan berhubung dengan penyewa berserta black and white. Jangan sekadar verbal sahaja. Ini sebagai bukti anda.

Tips 6 : Kirim ‘surat cinta’ kepada penyewa terlebih dahulu

Jika penyewa tak bayar sewa, bagi amaran bertulis dulu dan ingatkan tanggungjawab mereka buat bayaran sewa rumah.

Tips 7 : Bawa berbincang elok-elok

Kalau penyewa tak bayar jugak, sila buat negotiation dulu. Jangan terus serang penyewa pulak. Nanti mereka jadikan ini poin dalam mahkamah pulak nanti.

Tips 8 : Keluarkan penyewa dengan cara baik

Untuk kes penyewa yang memang degil, “bantu” mereka untuk keluar rumah dengan keadaan baik.

Fahami masalah mereka dan cuba tawarkan bantuan untuk selesaikan masalah tersebut.

Ini satu contoh. Kalau mereka tak jumpa rumah lagi, anda bantu la mereka cari rumah. Bantu setakat mana mampu dan logik akal. Jangan anda bantu dengan masuk meminang anak dara penyewa tersebut dah la. Haha!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!