Tambah Bukan Sebarang Tambah

Rawat Demam Selsema Tanpa Ubat

0 140

Demam selsema memang mudah dijangkiti kepada mereka yang lemah antibodi dalam badan.

Kadang-kadang kita boleh dapat demam selsema jika kurang tidur atau cuaca terlalu sejuk.

Jika anda tidak suka menggunakan perubatan moden atau ingin mencuba perubatan alternatif selain daripada ubatan moden, artikel ini adalah untuk anda.

Anda perlu tahu tanda-tanda awal sebelum demam selsema bagi mengatasi demam ini dengan lebih mudah.

Berikut merupakan kaedah perubatan menggunakan kaedah semulajadi yang saya kumpul dari petua orang-orang lama.

Halia

Halia selain boleh digunakan untuk menbuang angin dalam badan, ia juga boleh digunakan untuk menyejukkan badan semasa anda demam.

Anda cuma perlu campurkan halia beserta limau purut dalam air panas dan minum sebanyak 2 kali sehari.

Ikan

Selain kaya dengan protein, ikan juga kaya dengan asid lemak Omega 3 di mana sebatian ini boleh membantu untuk mengurangkan keradangan dalam badan.

Demam selsema biasanya terjadi kerana berlaku keradangan dalam badan.

Sayuran Hijau

Sayuran hijau amat baik untuk badan kerana mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Sayuran dapat membantu melawan sejuk.

Bawang Putih

Bawang putih dapat membantu melawan jangkitan kerana mempunyai antibodi semulajadi. Ia lebih baik dimakan mentah kerana mempunyai ciri anti virus dan menghasilan anti oksidan.

Kunyit

Ia boleh bantu dalam melawan jangkitan virus dan bakteria.

Anda hanya perlu menambah kunyit dalam makanan anda dan anda juga boleh tambah sedikit kunyit dalam susu panas dan minum untuk mengurangkan selsema anda.

Madu

Madu baik untuk mengurangkan sakit tekak. Cari madu yang asli ya.

Air Beras

Cara penggunaan air beras untuk menghilangkan selsema anda ialah dengan ambil air beras yang mendidih dan minum ketika suam.

Anda boleh cuba kaedah yang saya berikan di atas namun sekiranya demam anda masih lagi berlanjutan selama 4-5 hari, saya nasihatkan anda dapatkan nasihat doktor kerana mungkin anda jangkitan lain yang kita tidak tahu.

Ini adalah cara perubatan alternatif sahaja. Rawatan di klinik atau hospital masih diperlukan sekiranya masih lagi tidak berkurang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!