Piala Sumbangsih 2017 JDT vs Kedah, Siapa Bakal Menang?

0 96

Piala Sumbangsih 2017 yang bakal berlangsung pada 20 Januari 2017, maka Liga Malaysia 2017 membuka tirainya. Perlawanan Piala Sumbangsih 2017 bakal membawa perlawanan sengit antara Juara Liga Super 2016, JDT dengan Juara Piala Malaysia 2016, Kedah.

Selaku juara bertahan piala Sumbangsih untuk 2 tahun berturut-turut (2014 & 2015), sudah tentu JDT bakal mengharapkan mereka dapat mengekalkan piala Sumbangsih di negeri Johor.

Sebagai juara Piala Malaysia, Kedah sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang untuk membawa pulang piala Sumbangsih ke bumi Kedah Darul Aman selepas kali terakhir memenangi piala ini pada tahun 1994.

Perebutan Piala Sumbangsih 2017

Perlawanan yang bakal berlangsung pada 20 Januari ini bakal membawa pertarungan sengit terutamanya bagi JDT yang membuat kejutan dengan perletakkan jawatan Mario Gomez atau lebih dikenali sebagai atuk Gomez dikalangan penyokong JDT.

Jawatan jurulatih JDT kini dipegang oleh Benjamin Mora yang sebelum ini memegang sebagai jurulatih JDT II.

Ini merupakan cabaran terbesar JDT untuk mempersiapkan taktikal yang berkesan untuk menghadapi juara bertahan piala Malaysia 2016, Kedah.

Perlawanan ini juga menarik untuk menyaksikan bagaimana JDT tanpa perancang utama mereka musim lalu Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero.

Mampukah Mora mendapatkan ramuan istimewa untuk melayan kunjungan Kedah?

Walaupun JDT mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri, namun dengan keadaan semasa JDT ternyata pasukan bukan pilihan pada perlawanan ini.

Bagi Kedah pula, mereka dapat membuat persediaan rapi dalam perlawanan ini.

Dengan tidak membuat banyak perubahan terhadap pasukan pada musim lepas, Kedah dijangkakan dapat memberi tentangan hebat buat JDT dalam perlawanan piala Sumbangsih 2017 ini.

Kedah sudah pastinya mengharapkan gandingan pemain import paling berpengaruh mereka, Liridon Krisniqi dengan pemain import baru mereka dari Denmark Ken Ilso yang merupakan penjaring terbanyak liga S musim lalu supaya dapat mengucar-kacirkan benteng pertahanan JDT.

Kedah juga mempunyai ramai pemain muda yang mempunyai kualiti setanding dengan pemain senior yang dapat diturunkan pada bila-bila masa.

Menurut rekod perlawanan antara kedua-dua pasukan, rekod kemenangan lebih memihak kepada JDT dengan kali terakhir Kedah berkunjung ke Johor, Kedah dibelasah 5-0 oleh JDT.

Perang Poster Piala Sumbangsih 2017

Satu perkara yang menarik dilihat di luar padang di mana penyokong kedua-dua pasukan saling mengeluarkan perang poster antara mereka.

Perang poster antara kedua-dua pasukan dimulakan oleh laman rasmi Facebook JDT, mengeluarkan poster Azamuddin Akil sedang mencium helang.

Gambar ini disertakan dengan kata-kata ‘Jangan nakal-nakal sayang. Baik-baik ya’.

piala sumbangsih 2017

Ia kemudiannya dibalas oleh laman Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Kedah dengan mengeluarkan poster seekor Harimau tengah memeluk kaki pemain Kedah dalam keadaan ketakutan.

Poster itu mempunyai perkataan Fearless yang menggambarkan pemain Kedah tidak takut dengan pemain JDT.

piala sumbangsih 2017

Poster harimau takut itu kemudianya dibalas oleh laman Facebook JDT dengan mengeluarkan poster Izham Tarmizi menangkap helang dengan ayat ‘Eh! Hendak ke mana sahabatku? Marilah sini”

Poster ini tidak dibalas oleh laman Facebook Kedah.

piala sumbangsih 2017

Penyokong juga membuat poster mereka sendiri dengan dimulakan oleh penyokong JDT.

Penyokong JDT membuat poster nakal dengan meletakkan lirik lagu Ayam yang dinyanyikan oleh Jalil Hamid.

piala sumbangsih 2017

Ia kemudiannya dibalas oleh penyokong Kedah.

Gambar yang menunjukkan Liridon berjalan sambil membawa harimau jinak disebelahnya.

piala sumbangsih 2017

Apapun Nasi Tambah melihat perang poster antara kedua-dua pasukan ini menambahkan kemeriahan liga Malaysia 2017 yang bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih 2017 ini.

Sama-sama kita lihat siapa yang bakal menang dan diharapkan penyokong kedua-dua pasukan dapat mengawal perasaan mereka dengan semangat kesukanan.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!