3 Pengurusan Kewangan Perniagaan Ini Dapat Membantu Bisnes Yang Baru Bermula

0 59

Pengurusan kewangan yang betul sebelum memulakan sesuatu perniagaan dapat membantu anda menguruskan bisnes anda dengan lebih cekap jika perniagaan anda menghadapai sebarang masalah.

Tanpa pengurusan kewangan yang cekap, anda akan kurang kebebasan untuk melakukan sebarang plan untuk membawa keluar syarikat anda daripada belenggu hutang.

Mesti Baca: Cara Memulakan Perniagaan Yang Menguntungkan

3 Pengurusan Kewangan Yang Perlu Ada

  1.  Anda perlu berupaya kenal pasti serta senaraikan berapa (RM) jumlah perbelanjaan atau overhead tetap perniagaan anda dalam sebulan. Overhead ini termasuklah gaji, kos bil utiliti, sewa, bayaran pinjaman dan sebagainya.
  2. Anda juga wajib ketahui berapa margin keuntungan hasil penjualan produk anda. Pengiraan adalah seperti di bawah:
    Margin Keuntungan = ((Harga jual – kos)/harga jual) * 100

    Contoh:
    Harga jual tudung = RM80
    Kos tudung = RM25

    Jadi margin keuntungan = ((80-25)/80) * 100 = 68%

    Pastikan anda mempunyai margin keuntungan lebih 60% untuk menampung perbelanjaan overhead anda.

    Jika margin keuntungan anda kurang, anda akan rasa sempit dan ruang untuk anda melonjak kembali jika jualan anda menurun akan menjadi susah.

    Kos termasuklah harga beli dan belanja pemasaran.

  3. Anda juga perlu kenal pasti berapa titik pulang modal (break even point). Maksudnya di sini adalah berapa jualan yang anda perlukan untuk dapatkan balik modal anda.Apabila anda dapat tahu berapa overhead dan berapa margin keuntungan anda, mudah anda ketahui berapa break even point anda. Pengiraannya di bawahBreak even point = Overhead / Margin Keuntungan
    = 5000 / 68%
    = 5000 / 0.68
    = RM7,352Atau kita boleh bundarkan kepada RM7,400Mengikut daripada pengiraan di atas, ini bermakna anda memerlukan jualan sebanyak RM7,400 sebulan untuk mendapatkan balik pulangan modal anda (tak untung dan tak rugi), jualan yang dapat menampung perbelanjaan perniagaan (overhead) anda dalam sebulan.

    Jika break even point ini dibahagikan dengan 30 untuk dapatkan jumlah jualan sehari, anda perlu memastikan mendapat jualan sebanyak RM245 sehari.

Nampak tak 3 pengiraan di atas.

Untuk membuat pengurusan kewangan perniagaan dengan betul, anda perlu tahu overhead, margin keuntungan dan titik pulang modal anda.

Ini penting kerana

  • Kalau purata jualan harian tidak mencapai RM245 sehari, ini bermakna perniagaan anda berada dalam mod rugi
  • Jika purata jualan harian mencapai RM245 sehari, perniagaan anda tidak untung dan rugi
  • Jika purata juala harian melebihi RM245 sehari, perniagaan anda berada dalam mod untung

Sekiranya perniagaan anda belum mencapai titik pulang modal, anda perlu memikirkan cara yang terbaik untuk mencapainya. Jika perlu tambahkan pengetahuan anda berkaitan pemasaran atau cuba kurangkan overhead anda.

Kalau perniagaan anda dapat bertahan selama 3-6 bulan dalam mod pulang modal, maka perniagaan anda ada potensi besar untuk dimajukan lagi dan boleh push lagi untuk mendapat keuntungan yang lebih besar.

Cuba dapatkan pelanggan yang setia yang selalu buat belian ulangan (repeat order) dengan anda. Pelanggan yang setia adalah aset yang penting untuk syarikat.

Sebelum anda memikirkan untuk kembangkang lagi perniagaan anda, cuba buat pengurusan kewangan seperti yang kita terangkan di atas.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!