Nahas LPT2: Jenazah 3 beranak akan dikebumi di Marang

0 91

Jenazah tiga beranak, Mahani Ngah, 42, Quratulnisa Ahmad Nasal, 11, dan Ahmad Nijat, sembilan, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Durian Guling, Marang, pagi ini.

Abang Allahyarhamah, Azam Ngah, 44, berkata, beliau sudah berbincang dengan keluarga kedua-dua belah pihak dan bersetuju supaya adik serta anak saudaranya itu dikebumikan di Marang.

“Arwah berasal dari Marang, manakala suaminya, Ahmad Nasal Abd Rahman yang turut cedera dalam kemalangan itu dan sedang dirawat di Hospital Kemaman, berasal dari Kodiang, Kedah. Jadi, kami ambil keputusan untuk kebumi jenazah tiga beranak ini di Terengganu,” katanya.

Mahani, dua anaknya dan tiga lagi ahli keluarga maut selepas kenderaan Hyundai Starex dinaiki bersama empat lagi yang lain terbabit dalam nahas di di Kilometer 288.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2, berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai, di sini, kira-kira jam 6.10 petang tadi.

Tiga lagi yang maut ialah kakak dan abang ipar Mahani, iaitu Pauziyah Awang, 56, dan Ahmad Razis Abdul Rahman, 63, serta cucu sulung pasangan itu, Sofea Adrianna Shahruddin, tujuh tahun. Kejadian turut menyebabkan suami Mahani, Ahmad Nasal Abdul Rahman, yang memandu kenderaan itu serta tiga anak mereka cedera parah dan kini dirawat di Hospital Kemaman.

Sementara itu, anak perempuan Ahmad Razis yang juga ibu kepada Sofea Adrianna, Busyarah, 35, berkata, jenazah kedua ibu bapa dan anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

“Kami semua menetap di Shah Alam. Jadi kami akan kebumikan arwah di sana,” katanya sayu.

Sehingga jam 12.30 tengah malam ini semua jenazah enam sekeluarga yang meninggal dalam kemalangan itu masih menjalani proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Kemaman.

Jenazah kesemua mangsa akan dimandi dan dikafankan di hospital berkenaan sebelum bertolak ke destinasi masing-masing.

Nasihat saya, hati-hatilah memandu di jalanraya.

Jangan bawa terlalu laju ya.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!