Mandi Malam, bahaya ke untuk kesihatan

0 87

Aida, dah malam ni. Jangan mandi malam

Begitulah antara skrip yang biasa kita dengann diucapkan oleh atok, nenek atau mak kita semasa kecil dahulu. Dari kecil lagi kita dah dimomokkan tentang bahaya mandi malam.

Pelbagai dakwaan dibuat dengan mengatakan mandi malam bahaya untuk kesihatan.

Betul ke mandi di waktu malam ini memudaratkan kesihatan?

Sebenarnya, mengikut daripada kajian terkini yang dilakukan oleh para saintis dan doktor perubatan, membuktikan mandi di waktu malam bukan sahaja dapat membersihkan diri malah ia juga dapat melegakan stres sepanjang hari tersebut.

Mandi dapat membersihkan diri daripada kotoran dan bau-bau yang tidak menyenangkan. Ramai yang merasa tidak selesa dan terasa badan seperti meletik jika tidak mandi.

Jadi mandi malam dapat memberi keselesaan kepada anda untuk tidur dengan selesa dan nyenyak.

Selain itu manti juga dapat mempertingkatkan sistem pertahanan badan dan dapat mengelak penyakit kulit seperti ekzema.

Manakala kebanyakkan penyakit kulit yang lain seperti masalah buah pinggang, jantung, diabetes, paru-paru adalah berpunca daripada cara hidup dan cara pemakanan kita.

Memang tidak dapat dibuktikan mandi di waktu malam dapat memberi penyakit ini kepada kita. Bukan tujuan saya nak menolak atau menafikan petua orang-orang tua ini, tetapi kadang-kadang kita perlu berfikir secara logik.

Mungkin tujuan mereka melarang mandi malam adalah kerana pada waktu dahulu, kebiasaannya bilik air terletak di luar rumah. Memang bahaya kalau keluar dari rumah pada waktu malam.

Jadi dengan melarang kita untuk mandi di waktu malam dapat mengelakkan kita dari bahaya di luar rumah seperti binatang buas dan sebagainya.

Kebaikkan mandi malam

Hilangkan stres dan tenangkan fikiran

Biasanya di waktu pagi, kita akan mandi dengan tergesa-gesa. Maklumlah kadang-kadang lambat sedikit bangun.

Jadi kita tidak akan mandi dengan sempurna.

Waktu malamlah apabila sudah balik daripada tempat kerja, kita dapat mandi dengan lebih tenang dan menikmati waktu mandi tersebut.

Mandi di waktu selepas balik daripada tempat kerja juga dapat menghilangkan ion-ion negatif ketika kita berada di luar dan seterusnya dapat menghilangkan perasaan penat, letih, lesu dan stres di tempat kerja.

Anda akan rasa lebih segar selepas mandi.

Bantu meregang dan melegakan otot

Ketika di tempat kerja, tentu anda merasa kejang otot.

Mandi selepas balik kerja dapat membantu untuk mengendurkan otot yang tegang dan berikan badan kita lebih rileks.

Kalau boleh, mandilah dengan air suam kerana air suam dapat meregangkan otot dan bantu usus kita berfungsi dengan baik.

Merawat Insomnia

Jika mandi dengan air suam dapat melegakan otot, mandi dengan air sejuk pula dapat memberikan ketenangan kepada badan kita. Ia akan memberikan tubuh kita lebih segar dan seterusnya dapat tidur dengan tenang dan aman.

Jadi anda dah tau kebaikkan mandi malam sekarang kan?

Lepas nie tak perlu risau nak mandi waktu malam.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!