Tambah Bukan Sebarang Tambah

Kerja Di Singapura, ketahui kaedah dan caranya

0 548

Ramai sebenarnya orang Malaysia teringin kerja di Singapura tetapi tidak tahu caranya. Kebanyakkan yang ingin kerja di Singapura kerana kadar tukaran wang asing yang tinggi.

Pada masa sekarang SGD1 = RM3.15.

Ouch! Lumayan kan?

Jap! Jap! Jap!

Jangan terlalu teruja, anda kena fikir juga belanja anda di sana.

Sewa rumah, makan harian, belanja tiket pergi balik

Kerja di Singapura, sara hidup di Johor.

Nampak tak ideanya?

Tetapi sebelum mula berfikir untuk kerja di Singapura, elok anda ambil tahu juga bagaimana nak kerja di sana.

Ramai yang ada persoalan-persoalan di bawah

  • Susah ke nak masuk kerja di Singapura
  • Banyak tak peluang kerja di sana
  • Undang-undang diorang macam mana
  • Kena pandai cakap omputeh ka
  • Nak tinggal di mana

Ini cuma sebahagian kecil persoalan yang timbul apabila bercakap mengenai kerja di Singapura. Banyak lagi persoalan yang timbul yang buat ramai orang tertanya-tanya dan berasa susah untuk bekerja di sana.

Setiap negara asing yang kita ingin pergi dan bekerja, memang mempunyai cabarannya yang tersendiri. Ramai orang berkata susah, tetapi disebalik susah ada senangnya jika kita tahu caranya.

Cara Masuk Kerja Di Singapura

Terdapat 2 cara untuk bekerja di sana:

1- Ejen berdaftar

Cara ini yang paling mudah. Biasanya ejen ini mengeluarkan iklan mereka dalam surat khabar dan laman web. Tetapi hati-hati kerana terdapat juga mereka yang scam.

Sebelum anda bersetuju untuk bekerja melalui mereka, tanya sampai faham dahulu prosedur mereka. Ada sesetengah ejen yang menyediakan kesemuanya termasuk penginapan dan ada yang tidak. Jika ejen tersebut tidak menyediakan penempatan, saya cadangkan anda tinggal di Johor.

Ada juga ejen yang mengenakan caj tertentu untuk perkhidmatan mereka.

Jadi penting untuk anda selidik sampai habis dahulu sebelum memberikan persetujuan untuk bekerja.

2- Melalui rakan

Maksudnya kawan yang sudah bekerja di sana rekomen anda. Biasanya bila dah kawan yang rekomen ni mudah sedikit dapat kerja. Lagipun anda boleh jimat duit caj perkhidmatan yang dikenakan oleh ejen pekerjaan.

Anda juga perlu membuka akaun bank di sana. Untuk membuka akaun bank, anda memerlukan work permit yang boleh dibuat di Ministry of Manpower. Jangan risau, biasanya syarikat yang ambil anda bekerja yang akan tanggung kos work permit ini. Anda hanya perlu bawa dokumen dan surat yang dikeluarkan oleh majikan anda ke Ministry of Manpower.

3- Buat survey sendiri

Cara ini agak susah sikit untuk dapat sebab anda perlu mohon sendiri tanpa melibatkan sesiapa rekomen. Anda boleh buat survey dalam laman web yang ada di Singapura. Anda juga boleh lihat iklan jawatan kosong di laman web pekerjaan seperti Job Street, Mau Kerja dan sebagainya.

Gaji di Singapura memang boleh tahan.

Bayangkan la kerja yang biasa seperti kilang, hotel, KFC, McD pun boleh cecah SGD1500-1700.

Memang berbaloi jika anda sekiranya masih tidak ada kerja sekarang, mencuba untuk intai peluang kerja di Singapura.

Jika anda betul berminat untuk mencuba bekerja di Singapura, saya amat cadangkan anda dapatkan panduan kerja di Singapura yang ditulis oleh seorang yang sudah mempunyai pengalaman bertahun bekerja di sana.

Rungkaikan persoalan yang ada difikiran anda melalui ebook ini.

Di dalam ebook ini, anda akan tahu panduan yang lengkap dari A to Z.

Dari mula tentang bagaimana mencari kerja? Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan? Bagaimana untuk masuk ke Singapura? Nak bawak kereta atau motorsikal? Di mana mahu tidur dan bermalam sebelum dan selepas mendapat kerja? Bagaimana pembayaran gaji? Permit Kerja? Makan macam mana? Solat? Telefon? Bahasa? dan bermacam-macam lagi info yang padat dan penting yang pastinya akan dapat membantu anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang bekerja di Singapura!

kerja di singapura

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!