Keputusan Anugerah Juara Lagu 31, Lagu Bukan Pilihan Menang

1 106

Keputusan Anugerah Juara Lagu 31 tidak menepati ramalan. Ketika ramai yang meramal lagu Kalah Dalam Menang yang dinyanyikan oleh Mawi dan Syamsul Yusof memenangi Anugerah Juara Lagu 31, lagu Lelaki Teragung, lagu ciptaan Natasyah dan lirik ditulis oleh Iman Imran yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah mencuri tumpuan apabila diumumkan sebagai pemenang.

Keputusan Anugerah Juara Lagu 31 diumumkan oleh pengacara Juara Lagu, Fara Fauzana, Awal Ashaari, Fizie dan Serimah Ibrahim.

Sebagai pemenang, lagu Lelaki Teragung membawa pulang trofi Juara Lagu, baucer CJ WOW shop bernilai RM10,000, telefon pintar Samsung dan hadiah wang tunai RM50,000.

Selain memenangi Anugerah Juara Lagu 31, Dayang Nurfaizah turut memenangi kategori Vokal Terbaik yang membawa pulang trofi dan juga wang tunai RM12,000.

Anugerah Juara Lagu 31 diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan dibawakan secara langsung melalui TV3.

Kemenangan Dayang Nurfaizah dalam kategori Vokal Terbaik menepati ramalan semua pihak dan juga merupakan kemenangan hatrik bagi Dayang Nurfaizah.

Anugerah Juara Lagu 31 menampilkan tema Cerita Dalam Lagu yang menerapkan kesinambungan daripada klip video 12 lagu yang terbabit ke atas pentas final Anugerah Juara Lagu 31. Acara ini juga memberi pengiktirafan kepada penulis lirik terkemuka yang sudah meninggalkan kita iaitu Juwie dan Loloq yang meninggalkan jasa memartabatkan industri seni Malaysia menerusi lirik lagu ciptaan mereka.

Kesemua persembahan akhir AJL 31 telah diadili oleh barisan juri profesional iaitu Siso, Tam Spider, Habsah Hassan, Edry Halim, Edry Hashim, Jay Jay, Pak Ngah, Azlan Abu Hassan, Mokhzani Ismail dan diketuai komposer terkenal Azmeer

Malam Anugerah Juara Lagu 31 dimulakan dengan penuh meriah dengan kumpulann El Gamma Panumbra bersama Jaclyn Victor menyanyikan lagu Gemilang. Persembahan penutup dipersembahkan oleh Man Bai, Ameng dan Ella menerusi medley lagu popular mereka.

Walau bagaimanapun, Nasi Tambah mempunyai sedikit komen. Hasil tinjauan melalui media sosial dan juga pengalaman sendiri menonton di rumah, mendapati sistem audio anugerah Juara Lagu 31 mempunyai sedikit masalah. Ada beberapa bahagian lagu terlalu kuat berbanding vokal yang menyebabkan vokal tidak jelas kedengaran terutamanya 2 lagu awal iaitu Obses dendangan Akim & The Majistret dan Ku Rela Dibenci dendangan Aiman Tino.

Agak kecewa sedikit tak dapat dengan lagu Ku Rela Dibenci dengan jelas. 🙂

Apapun secara keseluruhannya acara berlangsung dengan meriah.

Keputusan Anugerah Juara Lagu 31

Juara Anugerah Juara Lagu 31
Lagu: Lelaki Teragung
Penyanyi: Dayang Nurfaizah

Naib Juara Anugerah Juara Lagu 31
Lagu: Terimaku Seadanya
Penyanyi: Misha Omar & Hafiz Suip

Tempat Ketiga Anugerah Juara Lagu 31
Lagu: Sudah Ku Tahu
Penyanyi: Projector Band

Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 31
Lagu: Lelaki Teragung
Penyanyi: Dayang Nurfaizah

Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu 31
Lagu: Hang Pi Mana
Penyanyi: Khalifah

You might also like More from author

1 Comment

  1. Hero Borneo says

    saya mengharapkan Shila Amzah yang menang..

    rupa-rupanya tidak

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!