Kenapa Harga Rumah Mahal, Harga Mampu Tengok Sahaja

0 236

Semakin hari semakin banyak kita dengar rungutan harga rumah mahal. Malah ada yang masih tinggal menyewa walaupun sudah lama berkahwin.

Persoalannya, kenapa harga rumah mahal sangat?

Kesan kenaikan harga rumah ini menyebabkan banyak rumah yang sudah siap masih kosong sehingga sekarang. Bukan orang tak mahu beli, tetapi disebabkan harga mampu tengok saja. Harga rumah mahal sangat sekarang.

Rumah yang dibina yang mempunyai harga terlampau mahal menyebabkan ramai yang berpendapatan sederhana dan rendah hanya mampu melihat sahaja. Kebanyakkan kawasan yang strategi, rata-rata rumahnya adalah di atas RM1 juta.

Mesti Baca: Cara Memohon Rumah PR1MA

Atas sebab ini, Nasi Tambah ada membuat kajian untuk kenal pasti punca harga rumah mahal ini.

Menurut rekod Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), punca utama harga rumah tinggi di kawasan bandar adalah disebabkan permintaan yang tinggi. Tapi hasil pemantauan yang dibuat, kami dapati banyak rumah kosong di kawasan bandar.

Semakin tinggi harga rumah, maka semakin tinggilah bayaran bulanan yang terpaksa ditanggung pembeli. Dengan kenaikkan kos sara hidup seperti bayaran ansuran kereta, PTPTN, belanja rumah dan lain-lain pada masa sekarang yang semakin meningkat, maka siapa yang mampu beli rumah yang mahal ini.

harga rumah mahal
Carta ini menunjukkan betapa harga rumah semakin tinggi mengikut negeri

 

Ini ditambah lagi dengan syarat pinjaman bank yang semakin ketat, seakan menambah sengsara mereka yang hendak membeli rumah.

Cuba anda bayangkan berapakah harga sebuah rumah 10 atau 20 tahun akan datang. Bagaimana generasi akan datang mampu beli rumah.

Berkemungkinan harga sebuah apartment di Ipoh boleh cecah RM700,000 hingga RM1 juta.

Berkemungkinan harga rumah teres pula sudah melebihi RM1 juta. Cuba bayangkan bagaimana pula harga rumah semi-D atau banglo?

Kebanyakkan pemaju pada masa kini lebih gemar membina apartment atau kondominium kerana keluasan tanah yang terhad dan tidak sesuai untuk rumah teres.

Punca Harga Rumah Mahal

  1. Harga tanah. Ini merupakan faktor utama kenapa harga rumah mahal pada masa sekarang. Selain kos membeli tanah, pemaju juka kena bayar fi ikhtisas untuk perkhidmatan profesional seperti juruukur, arkitek dan jurutera dan juga bayaran kepada pihak berkuasa tempatan, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat air dan Telekom Malaysia. Sudah tentulah ke semua kos ini diturunkan kepada pengguna.
  2. Kos bahan binaan. Selain harga tanah, harga bahan binaan seperti pasir, simen dan batu bata juga semakin tinggi pada masa sekarang.
  3. Spekulator. Kewujudan spekulator yang menaikkan harga sesuka hati di kawasan berhampiran dengan lokasi sesuatu projek perumahan juga menyebabkan harga rumah tersebut akan menjadi tinggi. Contohnya, jika rumah di kawasan Seremban, rata-ratanya berharga RM500,000 sudah tentu perumahan yang baru akan mempunyai harga yang tinggi sedikit. Sebagai peniaga, sudah tentu syarikat perumahan ingin mendapat untuk semaksimum mungkin.

Dengan adanya punca ini, kerajaan sebenarnya boleh berperanan untuk mengawal harga dengan mewujudkan satu badan untuk memantau dan membuat kajian yang lebih mendalam untuk menurunkan caj perkhidmatan agensi yang terbabit, buat kawalan harga bahan binaan dan juga memperkenalkan satu SOP untuk mengurangkan peranan spekulator harga.

harga rumah mahal

Kita semua boleh baca dan melihat sahaja dan hidup macam biasa atau bertindak sekarang dan berfikir kesannya kepada kehidupan kita.

Nasi Tambah cadangkan kepada golongan muda yang baru bekerja, kumpullah duit untuk beli rumah terlebih dahulu berbanding kumpul duit untuk beli kereta, pergi melancong dan sebagainya. Harga rumah pada masa akan datang akan semakin meningkat dan semakin hanya mampu tengok.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!