Kenapa Gagal Semasa Temuduga

0 16

Mengikut kaji selidik dan pemerhatian, ramai yang pertana kali ke sesi temuduga gagak memancing perhatian bakal majikan kerana masalah imej.

Kebanyakkan mereka mempunyai kelulusan baik dengan pengalaman kerja yang hebat namun silapnya pada personaliti dan pemakaian yang tidak dapat menyakinkan bakal majikan. Bayangkan, pernah sekali pengurus sebuat syarikat guaman mengadu yang hari ini begitu ramai graduan undang-undang yang langsung tidak mencerminkan kredibiliti tegas dan kuat untuk mewakili kehakiman individu lain.

Mana tidaknya, mohon kerja menjadi seorang pegawai perhubungan awam, tetapi pakaiannya tidak ubah seperti promoter minyak wangi di shopping mall. Ada juga yang pertama kali menyertai syarikat korporat bertaraf lima bintang tapi seluar yang dipakai berkedut dengan kemeja murah.

Persoalannya, adalah seorang individu yang bijak masih gagal berfikir mana yang sesuai dan apa yang tidak patut dilakukan semasa temuduga?

Faktor Gagal Temuduga

Ada banyak faktor menyebabkan kita tidak dilihat sebagai calon paling sesuai untuk dipilih bagi memenuhi kerusi yang kosong. Tidak dinafikan ia adalah pengalaman ngeri dan menyedihkan jika gagal, namun perlu optimis dan cari kelemahan itu bagi tidak gagal laki di temuduga lain.

Perkara paling mudah menyebabkan seseorang calon itu ditolak mentah-mentah sebelum ditemuduga adalah ketika dia memasuki bilik temuduga. Dengan keterampilan yang salah, cara komunikasi yang tidak bagus serta bahasa badan yang lemah sudah boleh memberi anda markah yang sangat kurang.

Malah keterampilan dan personaliti yang tidak menarik sudah mampu memberikan persepsi negatif kepada pihak majikan kerana ia menggambarkan seseorang itu tidak bersedia dan mengambil mudah akan kerjanya.

Oleh itu, kita perlu ketahui dan belajar ilmu keterampilan, komunikasi dan gaya memikat pembeli. Ingat pihak penemuduga adalah manusia juga dan selagi ia berstatus manusia maka setiap tindakan dan keputusannya akan dipengaruhi oleh emosinya.

Jika awal-awal mereka tidak berkenan dengan apa yang ditampilkan anda ketika melangkah masuk ke dalam bilik penilaian itu, jangan harap mereka akan tertarik dengan kepakaran anda yang lain. Inilah yang dinamakan first impression sebagaimana yang dijelaskan dalam artikel ini.

Dengan cara komunikasi yang lemah, secara tidak langsung seseorang itu bagai membuka kelemahannya sendiri dan mengabaikan peluang terbaik untuk beritahu pihak penemuduga akan apa kelebihan dirinya dan bagaimana dia boleh memenuhi kriteria pekerja mereka inginkan.

Gaya bahasa badan yang lemah dan kurang menyakinkan menyebabkan pihak penemuduga tidak yakin untuk mengambil anda bekerja kerana ia menunjukkan tahap keyakinan dan pemikiran seseorang itu dalam menangani konflik atau masalah.

Ini adalah sebahagian dari banyak lagi faktor yang menyebabkan seseorang itu menangis keluar dari bilik temuduga. Tapi tiga aspek ini iaitu penampilan, komunikasi dan gaya badan adalah sering dibualkan mengenai sebab seseorang itu gagal dalam temuduga.

Kebanyakannya gagal dalam beberapa saat sahaja bertemu dengan panel temuduga dan belum sempat menunjukkan apa yang dirancang sebelum itu.

First impression amat penting. Dalam lingkungan dua hingga tiga saat pertama penilai dari pihak bakal majikan melihat kita dan mereka dapat agak apakah keputusan temuduga anda.

Kita perlu ambil serius soal ini jika tidak mahu hanya hadir ke sesi temuduga namun hasilnya, haus!

Minat nak tahu bagaimana cara nak lulus dalam temuduga?

Nasi Tambah amat cadangkan 2 ebook lulus temuduga di bawah. Klik gambar untuk keterangan lanjut.

temuduga

temuduga

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!