Kadar Zakat Fitrah 2017 Semua Negeri Di Malaysia

0 272

Kadar zakat fitrah 2017. Setiap kali bulan Ramadhan, zakat fitrah antara perkara wajib ditunaikan bagi yang layak dan berkemampuan.

Orang Islam yang wajib membayar zakat fitrah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kadar Zakat Fitrah 2017 Semua Negeri Malaysia

NegeriKadar Zakat Fitrah 2017
PerlisRM7.00
KedahRM7.00
Pulau PinangRM7.00
PerakRM7.00
SelangorRM7.00
Wilayah PersekutuanRM7.00
Negeri SembilanRM6.50
MelakaRM6.70
JohorRM7.00
PahangRM7.00
TerengganuRM7.00
KelantanRM7.00
SabahRM7.00
SarawakRM7.00

Kadar zakat fitrah 2017 ini ditetapkan oleh Majlis Agama Islam setia negeri berdasarkan nilai satu gantang atau bersamaan 2.70kg beras.

Bayaran zakat fitrah boleh dibuat di sepanjang bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Aidil Fitri di pagi 1 Syawal.

Kutipan zakat fitrah boleh dibayar kepada amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam.

Jadi tunggu apa lagi.

Lebih baik bayar zakat lebih awal berbanding tunggu hingga ke saat akhir. Pembayaran awal boleh menyelesaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan bukan dalam bentuk tergopoh gapah atau mungkin berlaku sebarang halangan yang menyebabkan terlepasnya daripada menunaikan zakat fitrah pada waktu wajibnya.

Jangan ingat nak raya saja ya. Kewajipan menunaikan zakat jangan dilupakan agar kita dapat membantu mereka yang di dalam kesusahan.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!